SJ-12-0260 : masalah akad

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0260 : masalah akad

salam ustaz, soalan dr seorg shbt sy. kenapa dikatakan akad dlm jual beli itu x perlu, sedangkan akad dlm kahwin itu perlu, dgn lafaz yg jelas, shake hand n sebagainya. apakah nas yg membezakan 2 situasi ini?

SJ-12-0260 : masalah akad

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

1. Urusan jual beli adalah berasaskan keredhaan. Firman Allah SWT (4:29):

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂóãóäõæÇ áóÇ ÊóÃúßõáõæÇ ÃóãúæóÇáóßõãú Èóíúäóßõãú ÈöÇáúÈóÇØöáö ÅöáøóÇ Ãóäú Êóßõæäó ÊöÌóÇÑóÉð Úóäú ÊóÑóÇÖò ãöäúßõãú

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kami saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan keredhaan (suka sama suka) di antara kamu."

Ulama telah berselisih pendapat, bagaimana cara untuk mengetahui keredhaan dalam urusan jual beli?

Ada yang berpendapat mesti dengan menggunakan lafaz akad jual beli antara penjual dan pembeli. Dan ada yang mengatakan tidak perlu lafaz akad tersebut, tetapi hanya cukup dengan perbuatan jual beli sahaja tanpa lafaz akad.

Dan ada yang membezakan antara barang-barang berharga mahal dengan yang tidak mahal. Barang yang mahal pada adatnya memerlukan kepada akad jual beli dan barang-barang biasa yang tidak mahal pada adatnya tidak memerlukan kepada akad jual beli.

2. Pernikahan adalah suatu perjanjian yang kuat, Firman Allah SWT (4:21)

æóÃóÎóÐúäó ãöäúßõãú ãöíËóÇÞðÇ ÛóáöíÙðÇ

"Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat."

Dengan itu, diwajibkan lafaz akad ijab dan qabul dan tidak cukup hanya dengan keredhaan perbuatan sahaja, tetapi mesti dengan lafaz akad yang jelas.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- Miftahul Wusul li al-Tilmisani
- al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh li Wahbah az-Zuhaili