Assalamualaikum.
Saya ingin tahu cara mdidik anak secara tepat. Apakah kita dibenarkan pukul anak, dan apakah had-had pukul anak. Apakah hanya dibenarkan menggunakan tangan semata-mata atau rotan juga dibenarkan. Ketika ini anak saya berumur 2 tahun lebih dan ketika ini anak sekecil itu perlukan kawalan disebabkan keaktifannya. Kawalan, kadang2 perlu juga memarahi (terkadang pukul) bagi mengawal anak dari perilaku yg kita tidak suka. persoalannya, apakah had pukul anak.
Wassalam
Bismillahi wal hamdulillah ,
Al-Jawab :
Islam amat menitik beratkan soal pendidikan terhadap anak-anak.Ini kerana pendidikan yang betul dan menepati kehendak syarak , in sya Allah akan melahirkan anak yang beriman serta mentaati perintah Allah swt dan Rasul-Nya.Sebagaimana Firman Allah swt dalam surah al-Tahrim ayat 6 :
íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÞõæÇ ÃóäÝõÓóßõãú æóÃóåúáöíßõãú äóÇÑðÇ
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”
Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah , apakah dibolehkan anak itu dipukul dan apakah pula had pukulan yang dibenarkan dalam Islam , jika Islam mengizinkan pukulan semasa dalam proses pendidikan terhadap anak-anak.
Apa yang penting ialah , hukuman adalah sesuatu yang disyariatkan dan termasuk salah satu saranapendidikan yang mendatangkan kesan dalam diri anak-anak.Namun berlebih-lebihan dalam menggunakan pukulan semasa proses pendidikan akan mengakibatkan kesan yang sebaliknya.
Ada beberapa kaedah dalam menggunakan pukulan dalam proses pendidikan seperti :
1. Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.
2. Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah , karena dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.
3.Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti:wajah, kepala dan dada.
4. Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan , tetapi sebagai pengajaran.
5. Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun.Sebagaimana sabda Rasulullah saw :
ãõÑõæÇ ÃóæúáÇóÏóßõãú ÈöÇáÕøóáÇóÉö æóåõãú ÃóÈúäóÇÁõ ÓóÈúÚö Óöäöíäó æóÇÖúÑöÈõæåõãú ÚóáóíúåóÇ æóåõãú ÃóÈúäóÇÁõ ÚóÔúÑö Óöäöíäó æóÝóÑøöÞõæÇ Èóíúäóåõãú Ýöì ÇáúãóÖóÇÌöÚö
“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun , dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)”
(Hadis Abu Daud , dinilai HASAN SAHIH oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dhoif Sunan Abu Daud : 495)
Perlu diingat , bahawa kaedah pukulan adalah kaeah terakhir digunakan dalam mendidik anak , setelah pendekatan secara nasihat dan teguran tidak mendatangkan kesan pada si anak.
Walaubagaimana pun , anak-anak adalah ibarat kain putih yang tidak mengerti apa pun dalam muka bumi ini…Maka , didiklah ia dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa putus asa dengan meminta bantuan dan pertolongan dari Allah swt….Mudah-mudahan diberikan kekuatan oleh-Nya…in sya Allah.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com