SJ-12-0310 : Berbohong kepada anak

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0310 : Berbohong kepada anak

:salam
Sesetengah ibubapa kadang2 berbohong kepada anak2 kecil mereka. Mithal 1: "Jangan nangis, nanti polis tangkap!"
Mithal 2; "Mainan tu dia tak jual, mainan tu dah rosak".
Apakah hukumnya berbohong spt ini?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0310 : Berbohong kepada anak

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Secara umumnya , berbohong adalah perkara yang diharamkan dalam Islam.Banyak hadis-hadis yang menceritakan tentang betapa buruk dan kejinya perbuatan berbohong seperti mana yang termaktub dalam Kitab Riyadhus Solihin , jilid 1 bab 260 atau 261 : Haramnya berbohong.

Apa yang perlu dilakukan oleh puan ialah mencari helah yang terbaik agar jawapan yang ingin diberikan kepada si anak bukanlah jawapan yang terhasil dari kata-kata bohong.Seharusnya fikirkanlah jawapan-jawapan yang boleh meransang minda anak tersebut seperti dengan kata-kata yang boleh membuatkan anak tersebut merasakan perbuatan yang dilakukan adalah tidak baik.

Walau bagaimana pun , jika si anak menangis dengan kuat di tempat umum sehingga menyebabkan gelagat tersebut menjadi tumpuan manusia yang berada di kawasan tersebut , maka diharuskan untuk si ibu atau si ayah berbohong dengan tujuan untuk mententeramkan anak tersebut.Ia juga bagi mengelakkan sesuatu perkara buruk yang mungkin akan dilakukan oleh kita lantaran tak tahan dengan perangai si anak. Wa Allahu A’alam..

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com