SJ-12-0314 : Kahwin campur, kenduri kahwin & persandinga

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0314 : Kahwin campur, kenduri kahwin & persandinga

:salam

1) Saya pernah terdengar kononnya Nabi saw ada menasihati (lebih kepada galakan sahaja) supaya muslim berkahwin campur etnik, kerana lebih luas jarak bangsa antara pasangan suami isteri tu, lebih baik..

Benarkah ada hadith sedemikian?

2) SS Dr MAZA ada menyebut kita dilarang atau sebaiknya tidak menghadiri majlis kenduri yang berkasta, terutamanya jenis yang ajak orang2 kaya/elit dan meminggirkan golongan miskin. Bagaimana dengan situasi masyarakat hari ini yang menyediakan meja VIP dalam majlis2 mereka? Perlu diboikot juga ke? Bagaimana pula dengan yang ada nyanyian karaoke bercampur mahram?

3) Si lelaki ni mahu berkahwin secara sederhana, tetapi ibubapanya mahu buat secara grand (memandangkan mereka mampu) sehingga ada unsur pembaziran, bersanding, etc. Sudah letih dinasihati, tetapi mereka tetap berkeras ::evil: . Adakah si anak ni perlu akur dengan majlis sedemikian demi tuntutan ibubapa dan tak mahu jadi kurang ajor?

4) Banyak terdapat iklan kursus bertajuk ~ 'Nikah & Cerai'; 'Nikah, Cerai & Rujuk', dsb. Tidakkah ini akan mengakibatkan salah faham di kalangan non-muslim bahawa mereka akan menyangka "kalau dah nikah, kena ada cerailah.." atau " muslim ni kawin, pastu cerai" atau seumpamanya? Memanglah bab cerai tu penting, tapi apa salahnya kalau disebut perkataan 'Nikah' sahaja, lepas tu bila sessi dah bermula, nak cerita bab cerai, ceritalah sesama peserta sahaja, viz. tak perlu dijaja perkataan 'cerai' tu dalam public. Apa pendapat tuan2 panel?

5) Adalah HARAM mendatangi isteri melalui duburnya. Adakah larangan ini terhad kepada kemaluan si suami sahaja? Bagaimana kalau dia menggunakan jari atau alatan, selagi ianya selamat dan si isteri merasa kepuasan dari situ?

Maaf jika soalan melampau

SJ-12-0314 : Kahwin campur, kenduri kahwin & persandinga

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Setakat yang kami ketahui, tidak ada nas yang menggalakkan berkahwin dengan pasangan berlainan bangsa. Cuma sesetengah fuqaha menggalakkan agar berkahwin dengan pasangan yang tidak ada hubungan kekeluargaan kerana melihat beberapa maslahah. Walaubagaimanapun, tidak ada larangan daripada syarak.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkahwin dengan Zainab Binti Jahsy, iaitu sepupu baginda. Dan baginda mengahwinkan Fatimah dengan Ali, dan beliau sepupu baginda.

2) Tidak mengapa mengasingkan tetamu VIP daripada tetamu biasa. Ibn Umar pernah menjemput orang-orang kaya dan orang-orang miskin ke jamuan beliau, dan mengasingkan antara mereka. Ibn Umar berkata kepada orang-orang miskin, "Anda sekalian duduk di sini, jangan mengotorkan pakaian-pakaian mereka. Kami akan memberi makan kepada anda sekalian seperti makanan mereka juga". (Umdatul Qari 20/160).

3) Jika terdapat unsur maksiat seperti persandingan dan pembaziran, maka si anak mestilah menasihati ibu bapanya dan tidak harus taat kepada mereka dalam perkara maksiat.

4) Ada betulnya apa yang saudara kemukakan. Boleh diletakkan tajuk yang lebih umum seperti 'Kursus Nikah dan Kekeluargaan'.

5) Ya, hukumnya haram. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

ãóáúÚõæäñ ãóäú ÃóÊóì ÇãúÑóÃóÊóåõ Ýöì ÏõÈõÑöåóÇ

Maksudnya: Dilaknati orang yang mendatangi isterinya pada duburnya. Direkod oleh Ahmad (no: 9733) dan Abu Daud (no: 2164).

Larangan tersebut hanya pada jimak ke dalam dubur. Tidak mengapa bersedap-sedapan dengan anggota tersebut selagi tidak memudaratkan. Kata Imam Syirazi: "Dan diharuskan bersedap-sedapan dengan isteri di antara dua punggungnya". (Muhazzab 2/479).