SJ-12-0370 : Darah nifas berhenti seawal 5-7 hari

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0370 : Darah nifas berhenti seawal 5-7 hari

:salam ,

Ingin bertanya tentang status suci keatas darah nifas yang berhenti 5~7 hari selepas kelahiran? Adakah perlu bersuci dan mengerjakan solat atau perlu tunggu?

:wassalam

Re: Darah nifas berhenti seawal 5-7 hari

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Menurut Dr Abdul Karim Zaidan waktu minima nifas tidak ada, dan ini merupakan pandangan ijma' fuqaha'. Dengan ertikata lain, sebaik sahaja tidak keluar lagi darah, maka wanita tersebut boleh mandi dan menunaikan solat. Menurut Dr Abdul Karim Zaidan lagi, pandangan yang rajih didalam hal waktu maksima nifas pula adalah 40 hari sebagaimana hadith dari Ummu Salamah [al-Mufasal, 1/109] :

كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ..
"Semasa waktu Rasulullah , wanita didalam nifas akan duduk (dikecualikan dari puasa dan solat, dsb) selama 40 hari..." [Riwayat al-Tirmudzi]

Imam al-Tirmudzi didalam komentarnya terhadap hadith ini berkata, telah ijma' ulama dari kalangan sahabat Nabi , taabien, bahawa waktu maksima wanita didalam keadaan nifas tidak perlu menunaikan solat adalah selama 40 hari, melainkan telah bersih sebelum ini,maka hendaklah ia mandi dan bersolat.

Ada juga situasi dimana wanita yang melahirkan anak tidak langsung terdapatnya darah nifas. Ibn Qudamah rh mengatakan bahwa wanita tersebut suci, dan bukan didalam keadaan nifas, kerana nifas adalah darah, dan didalam hal ini tidak wujud darah [al-Mughni, 1/429].

Dalam hal ini, setelah wanita tersebut mandi, dia adalah tergolong dibawah hukum wanita yang suci dari semua aspek, wajib keatasnya solat, berpuasa, dsb.

Disebabkan tiada waktu minima nifas, sebaik sahaja didapati sudah tidak ada darah nifas, maka hendaklah wanita tersebut mandi dan menunaikan solat, dsb. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين