SJ-13-0086 : Bapa Algebra

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0086 : Bapa Algebra

Assalamu'alaikum,

Saya ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya digelar Bapa Algebra (father of algebra) antara Al-Khawarizmi atau Diophantus?

sekian, terima kasih.

Re: SJ-13-0086 : Bapa Algebra

wa'alaikumussalam

Kedua2 tokoh ini Khawarizmi atau Diophantus dikenali oleh ahli mathematik sebagai 'bapa algebra'.

Karya Diophantus yang terkenal adalah Arithmetica, yang meliputi penyelesaian keatas algebraic equation dan teori pernomboran. Beliau tergolong daripada ahli mathematik Greek lampau. Dilahirkan pada tahun 200 dan mati pada tahun 280. Diketahui bahawa beliau tinggal di Iskandariah. Karya2 ahli mathematik Diophantus dsb banyak telah diterjemah didalam bahasa Arab.

Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi (ÃÈæ ÚÈÏÇááå ãÍãÏ Èä ãæÓìÇáÎæÇÑÒãí) merupakan ahli matematik Baghdad, yang berkarya di Baitul Hikmah Baghdad pada zaman kegemilangan ilmu dibawah pemerintahan Khalifah al-Ma'mun. Dilahirkan pada tahun 813 dan kemungkinan meninggal pada tahun 840. Disamping seorang pakar mathematik, beliau juga merupakan ahli geologi dan ahli falak. Dari nama gelaran beliau kita ketahui bahawa beliau berasal dari Khorasan, yang terletak di Uzbekistan. Karya beliau yang terkenal adalah Hisab al-jabr w'al-muqabala (ÍÓÇÈ ÇáÌÈÑ æÇáãÞÇÈáÉ). Penggunaan al-jabr atau algebra pada judul buku tersebut menunjukkan ia merupakan buku algebra pertama ditulis. Disebabkan beliau telah membentuk beberpa analisa permasalahan didalam linear dan quadratic equation, beliau juga dikatakan sebagai pengasas Algebra.

Melihat kepada kedua tokoh ini, kita boleh simpulkan bahawa Diophatus digelar sebagai 'bapa algebra' dan al-Khawarizmi dikenali sebagai Pengasas Algebra Moden dan Datuk Sains Komputer (grandfather of computer science) oleh setengah2 orang, disebabkan beliau telah mengasaskan algorithm didalam mathematik, dimana istilah algorith diambil dari nama beliau al-Khawarizmi. WA.

wassalam

خيرالأمين