:salam
Minta penjelasan ustaz berkenaan hadith ini:
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Adakah kamu tahu siapa yang muflis?'' Jawab sahabat: ``Orang yang muflis ialah mereka yang tidak ada wang dan harta.'' Sabda Rasulullah s.a.w lagi: ``Sesungguhnya orang muflis dari umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan sembahyang, puasa, dan zakat, sedangkan dia memaki, menuduh, memfitnah, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka, dibahaginya kebahagiaannya tadi kepada orang-orang itu (yang difitnah tadi). Kalau kebaikannya habis sebelum terbayar segala kesalahannya, maka kesalahan mereka pula dilemparkan kepadanya, kemudian dihumbankannya ke dalam neraka.''
(Hadis riwayat Muslim dan Tarmizi)
Di sini disebut dosa orang lain dilemparkan kepadanya. Adakah beliau menanggung dosa orang lain? (Sebelum ini terbaca posting seseorang tidak menanggung dosa orang lain)
Pohon pencerahan. Jazaakallahukhaer.
:wassalam
alJawab:
Hadith Abu Hurayrah itu dalam bab auditing Hisab bagi mereka yg mendzalimi orang lain sebelum sempat ia minta halal di dunia. Cth: Jika di dunia, si A menzalimi si B, hinggalah si A mati belum sempat minta halal/ma'af dari si B. Maka di Mahsyar, pahala kebaikan si A akan di debit kepada si B, jika tidak cukup pahala, maka dosa2 si B akan didebit kepada si A.
Ini bukan kes tanggung pahala/dosa.
Pengajaran hadith Abu Hurayrah ialah jika kita ada melakukan dosa dan kesalahan kepada anak Adam, maka sebelum kita mati kena selesai dengan orang sb, jika kita tak buat begitu, maka berlakulah senario spt yg digambarkan oleh hadith Abu Hurairah tadi. (Syaikh Muhammad Saleh alMunajjid, Uriidu an atuuba, walaakin, Daar alWathan, Riyadh, KSA)
Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah. Sekadar tambahan.
Imam al-Nawawi ada membincangkan samada hadith diatas bertentangan dengan ayat al-Quran (Surah al-An`am 6:164 dan Surah Al-Israa' 17:15 )yang mengatakan bahawa manusia tidak memikul dosa orang lain. Beliau mengatakan :-
æåÐÇ ÇáÇÚÊÑÇÖ ÛáØ ãäå æÌåÇáÉ ÈíäÉ ; áÃäå ÅäãÇ ÚæÞÈ ÈÝÚáå ææÒÑå æÙáãå , ÝÊæÌåÊ Úáíå ÍÞæÞ áÛÑãÇÆå , ÝÏÝÚÊ Åáíåã ãä ÍÓäÇÊå , ÝáãÇ ÝÑÛÊ æÈÞíÊ ÈÞíÉ ÞæÈáÊ Úáì ÍÓÈ ãÇ ÇÞÊÖÊå ÍßãÉ Çááå ÊÚÇáì Ýí ÎáÞå , æÚÏáå Ýí ÚÈÇÏå , ÝÃÎÐ ÞÏÑåÇ ãä ÓíÆÇÊ ÎÕæãå , ÝæÖÚ Úáíå , ÝÚæÞÈ Èå Ýí ÇáäÇÑ . ÝÍÞíÞÉ ÇáÚÞæÈÉ ÅäãÇ åí ÈÓÈÈ Ùáãå , æáã íÚÇÞÈ ÈÛíÑ ÌäÇíÉ æÙáã ãäå , æåÐÇ ßáå ãÐåÈ Ãåá ÇáÓäÉ . æÇááå ÃÚáã .
"Pertentangan [maksud] ini adalah satu kesilapan darinya dan ia menunjukkan kejahilan yang jelas; kerana sesungguhnya dia diazab diatas apa yang dilakukan dan juga kezalimannya, maka diambil darinya kebaikkannya, diberi kebaikkannya kepada mereka, jika tidak mencukupi dan selebihnya menurut hitungan dan hikmah Allah swt keatas makluknya, dan keadilannya keatas hambanya, diambil atas ukurannya dosa pihak lawannya, diletakkan kepadanya, dan seterusnya dia diazab didalam apa neraka. Hakikatnya adalah balasan yang diterima disebabkan kezalimannya, dan Dia [Allah] tidak akan mengazab tanpa sebarang kesalahan, inilah pendirian kesemua mazhab Ahli Sunnah." [Sharh Muslim Imam al-Nawawi].
Hadith diatas jelas tidak bertentangan dengan ayat al-Quran. Seseorang yang mengambil bahagian orang lain (mencuri, dsb), cara Allah mengazab ialah kebaikkan dia esok akan diberikan kepada orang yang dizaliminya. Jika tidak cukup, dia seolah2 membayar dosa2 orang yg dizalimi itu dengan cara Allah swt memindahkan dosa orang tersebut dengan kadarnya menurut ukuran kezalimannya. Ini ada keadilan Allah swt. Secara logiknya, di akhirat, kalau seseorang itu mengambil duit seseorang, mana mungkin dia dapat memulangkannya... kecuali amalan yang dia bawa, atau pun membeli amalan buruk orang yang dizalimi. Begitulah keadilan sistem Allah swt. Oleh itu; elakkan diri dari mengambil barang orang lain..... WA
Sekian, wassalam
خيرالأمين