SJ-13-0220 : hukum mewarnakan rambut dgn pewarna yg kekal.

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0220 : hukum mewarnakan rambut dgn pewarna yg kekal.

apakah hukum mewarnakan rambut dgn pewarna yg kekal?
adakah apabila seseorg yg tlh mewarnakan rambutnya,mesti dipotong rambut?
adakah si pemakai pewarna rambut tidak boleh solat jika rambutnyer masih berwarna lagi?
adakah sah mandi wajibnya sbb mandi wajib mesti seluruh anggota badan???

tolong jwb...
URGENT

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0220 : hukum mewarnakan rambut dgn pewarna yg kekal.

al-Jawab:

Kami memohon ma'af kerana mengambil masa yg agak lama untuk menjawab soalan anda. Ini kerana soalan mengenai dye rambut telahpun dijawab berkali-kali.

1. Hukum mewarna rambut dengan pewarna yang kekal. Jawab: Tidak pernah dibahaskan oleh fuqaha' kerana di zaman silam belum ditemui pewarna rambut yang kekal. Ini kerana mereka hanya menggunakan pewarna asli dari tumbuhan spt pokok katam dan inai yang tidak kekal. Jadi hukumnya boleh kerana asal sesuatu adalah harus melainkan ada nas yang melarangnya, maka kita dapati tidak ada nas melarang memakai pewarna rambut yg kekal.

2. Bila seseorang mewarna rambut, apakah rambutnya perlu dipotong?
alJawab: Terpulanglah kepadanya.

3. apakah sah solat orang yg mewarna rambut. Jawab: sah jika pewarna itu tidak menghalang air.

4. apakah sah mandi jika si fulan memakai pewarna rambut? Jawab: kena dipastikan apakah pewarna itu menghalang air atau tidak, jika dari pewarna asli spt inai, maka ia tidak menghalang air dan sah mandiannya.

Ulangan: Hukum mewarna rambut bagi lelaki dan wanita untuk menutup uban adalah sunnah, Sunnah mewarnakan rambut kecuali dye berwarna hitam. (anNawawi, syarah Muslim, 14/266) sekian