SJ-13-0329 : muhrim dan mahram

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0329 : muhrim dan mahram

:salam

mungkin nie masalah lughah...
apa beza antara muhrim dan mahram...
setahu saya muhrim adalah orang yg melaksanakn haji atau umrah, manakala mahram ialah orang yg haram untuk kita kahwini.

boleh ker samakan perkataan muhrim dan mahram..
cthnya... saya dan wanita itu bukan muhrim(sepatutnya bukan mahram), etc.

jzk.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0329 : muhrim dan mahram

wa'alaikumussalam

Ustaz Abu Umair pernah menjawab soalan ini. Berikut jawapan beliau :-

SJ-13-0308 : Mahram & Muhrim wrote:
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ

kecelaruan antara istilah mahram dan muhrim hanya berlaku di kalangan ajam sahaja seperti orang melayu.

Muhrim: org yang berihram (samada haji atau umrah)

Mahram: orang yang haram dinikahinya selama-lamanya dengan sebab yg harus, kerana kehormatannya. spt adik pmpuan, emak saudara dll. (Daqaiq al-Minhaj oleh Imam Nawawi m/s 32)

Wallahu A'lam

Kedua-dua istilah ini sangat berbeza diantara satu sama yang lain. Mahram merujuk kepada wanita yang haram di kahwini, dan Muhrim merujuk kepada orang yang sedang dalam ihram Haji atau Umrah.

Maka 'incest' bukanlah sumbang-muhrim, tetapi sumbang mahram. Akan tetapi, istilah sumbang-muhrim ini telah diguna pakai di Alam Melayu semenjak lama dahulu. Contohnya di website mufti Brunei (majalah al-Hadaf):-

Quote:
Sebagai contoh yang paling mudah, jika dia (ibu tiri) tidak menjaga batas-batas pergaulan dengan baik atau dia memakai pakaian yang mendedahkan aurat sehingga boleh menimbulkan ghairah orang yang melihatnya, maka adalah tidak mustahil ini boleh mengakibatkan berlakunya sumbang muhrim antara ibu tiri dengan anak tiri tadi.

sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/janmac02/index18al.htm

Lihat juga Wikipedia :-

Quote:
Sumbang muhrim, juga dikenali sebagai sumbang mahram atau inses ialah kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sumbang_muhrim

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ustaz Abu Umair, kesilapan ini hanya berlaku kepada orang Ajam; khasnya orang-orang Melayu. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين