SJ-13-0354 : Bersiul

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0354 : Bersiul

:salam
2 soalan, harap dapat penjelasan.

Ada sesetengah orang berkata bahawa syaitan bersiul-siul, jadi kita tak boleh lah bersiul keran itu meniru perbuatan syaitan. Adakah ini benar?

Satu lagi perkara, adakah memetik jari (atau meletupkan jari - sedap ni) adalah zikir syaitan?

terima kasih

SJ-13-0354 : Bersiul

:wassalam

al-Jawab:

1. Bersiul ni bukan perbuatan syaitan bahkan juga berasal dari manusia sendiri. Dalilnya:
" Solat mereka di sekitar Baitullah lain tidak hanyalah siulan dan tepuk tangan sahaja." AQT 08:35

Siulan yang dimurkai Allah ialah siulan dalam upacara ibadah, manakala siulan diluar ibadah tidak ada tegahannya.

2. Meletup jari dikaitkan dengan zikir setan juga tidak ada asalny kerana ia dibahaskan dalam bab khusyu' solat. Di mana Nabi SAW melarang sahabat meletup-letupkan tangan ketika solat kerana ada kaitan dgn tidak ketidakkhusyu'nya seseorang. (Abdul Razaq, alMusanif, 2/272). WA