SJ-13-0370 : Hijrah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0370 : Hijrah

:salam

Apakah hukumnya jika kita berhijrah dari negara umat Islam/Islam contohnya Malaysia kenegara yg diperintah oleh umat kafir seperti UK utk mencari penghidupan yg lebih baik dari segi ekonomi.

Bagaimana pula seorg wanita meninggalkan keluarganya utk menyambung belajar diluar negara contohnya UK. Manakala, suaminya mengambil keputusan utk tinggal dinegara asal sehingga beliau habis belajar. Jika perkara ini tidak dibenar oleh syarie, apakah keputusan yg baik dilakukan olehnya, menyertainya atau macam mana?

sekian

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0370 : Hijrah

:wassalam

al-Jawab:

1. Hukum berhijrah ke negara bukan Islam di atas sebab ekonomi. Ia diperdebatkan oleh fuqaha' sejak zaman silam lagi. Hadith yang paling masyhur yang melarang hijrah ke negara non-muslim ialah hadith

ÃäÇ ÈÑíÁ ãä [ ßá ] ãÓáã [ íÞíã ] Èíä ÃÙåÑ ÇáãÔÑßíä ¡ áÇ ÊÑÇÁì äÇÑåãÇ
Dari Jarir bin Abdullah, bahawa Nabi saw bersabda: " Aku (Nabi) berlepas diri dari seorang Muslim yang tinggal bersama-sama dengan orang musyrikyang api keduanya tidak dapat dilihat antara satu sama lain." HR Abu Daud dan Termidzi, dinilai sahih oleh al-Albani (al-Irwaa' (1207)

Tapi al-Qardhawi dalam kitabnya Kayfa Nata'amalu ma'a al-Sunnah al-Nabawiah (Bagaimana Berinteraksi dengan al-Sunnah nabawiyyah) berkata ia larangan khusus di zaman nabawi di mana ia adalah zaman yang tidak stabil dan kebanyakan negara non-Muslim ketika itu memerangi Islam. Nabi mengeluarkan hadith di atas supaya orang Islam keluar dan berhijrah (dari negara kafir) ke Madinah utk menguatkan kedudukan negara Islam Madinah yang diancam pelbagai ancaman keselamatan. Namun di zaman sekarang yang berkonsepkan 'global village', maka larangan itu tidak ada lagi dan sempadan geografi telah terbuka dan umat manusia bebas ke merata ceruk dunia untuk urusan perniagaan, pekerjaan, pembelajaran dsbnya...Maka jawapannya, anda boleh saja ke Eropah untuk mencari pekerjaan yang lebih baik buat anda dan komuniti Islam di Eropah sekarang sudah established atau ujud dengan tersusun. WA

2. Hukum isteri menyambung pelajaran ke luar negara (cthnya UK) dan tidak membawa suami dan keluarganya bersama. Dr Basri Ibrahim membahaskan isu ini dalam himpunan Fiqihnya (Isu-isu Fiqh Terpilih, terbitan Darul Nu'man). Wanita di larang keluar negara untuk menuntut ilmu, kecuali ilmu itu tidak ada dalam negara sendiri dan ilmu itu amat diperlukan oleh umat Islam. Adapun pemergian tanpa disertai oleh suami dan anak-anaknya sudah pasti akan mengundang fitnah dan kesulitan. Walaupun keselamatan dan kebajikan pelajar kita di seberang laut dijaga oleh MSD (jabatan pelajar Malaysia), namun bagi wanita bersuami, sudah pasti akan mengundang fitnah. langkah paling ideal ialah suami dan anak-anak terpaksa menyertai isterinya dan selalunya suami kenalah mengambil un-paid leave atau cuti tanpa gaji. sekian WA