SJ-13-0435 : Sujud Sahwi dan seks serta persoaln lain

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0435 : Sujud Sahwi dan seks serta persoaln lain

Salam ustaz Abu Umair...

Saya ada beberapa solan, jika tertinggal tahiyat awal, masa2 sekolah dulu ustaz ajar sujud sahwi??? Ada nas ke ustaz? Kalau ada cam ne yang sebenar2nya berdasarkan ar rasul ajar...

Soalan ke-2, semasa sekolah dulu juga, ada seorang tabligh pernah cakap dekat saya, ar rasul akan duduk bertinggung dan senget kekiri ketika membuang air besar mahupun kecil...Betul ke? Ada dalil tak pasal ni ustaz....

Saya sebenarnya agak tinggi shahwat seks ustaz, tapi masih bujang...ada tak hadis2 ar rasul yang menggalakkan kawin disebabkan untuk menjaga kemaluan? Nati orang cakap,"Kawin ni bukan setakat seks sahaja sheikh" seolah-olah jika kawin nak jaga diri dari seks sonsang tu di pandang pelik oleh saya sendiri dan masyrakat...

Saya rasa lebih yakin jika adas nas yang cakap, contohlah kalu ada, berbahagia lah pemuda yang berkahwin kerana ingin menjaga kemaluannya(seksnya)....

SJ-13-0435 : Sujud Sahwi dan seks serta persoaln lain

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Sujud Sahwi
Samada kita berpegang kepada pendapat bahawa tahiyyat awal adalah sunat ab'aad (mazhab syafie) ataupun ia adalah wajib (mazhab hanbali), meninggalkannya hendaklah digantikan dengan sujud sahwi.

Kerana sabit dalam hadis yang sahih, daripada Abdullah bin Buhainah:

Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æ Óáã Õáì Èåã ÇáÙåÑ ÝÞÇã Ýí ÇáÑßÚÊíä ÇáÃæáííä áã íÌáÓ ÝÞÇã ÇáäÇÓ ãÚå ÍÊì ÅÐÇ ÞÖì ÇáÕáÇÉ æÇäÊÙÑ ÇáäÇÓ ÊÓáíãå ßÈÑ æåæ ÌÇáÓ ÝÓÌÏ ÓÌÏÊíä ÞÈá Ãä íÓáã Ëã Óáã

Maksudnya: Bahawa Nabi SAW bersembahyang Zohor dengan para sahabat, tiba-tiba baginda bangun pada dua rakaat yang pertama (tanpa duduk tasyahhud awal). Lalu orang ramai pun bangun bersama-sama baginda. Sehingga apabila selesai solat, dan para makmum menunggu baginda memberi salam, baginda bertakbir dalam keadaan duduk, lalu sujud dua kali sebelum memberi salam. Kemudian, baginda memberi salam.
Direkod oleh Bukhari (no: 795) dan Muslim (no: 570).

2) Cara duduk ketika qadha hajat
Cara yang disebutkan itu terdapat dalam satu hadis dhaif, daripada Suraqah bin Malik:

ÚáãäÇ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ÅÐÇ ÏÎá ÃÍÏäÇ ÇáÎáÇÁ Ãä íÚÊãÏ ÇáíÓÑì æíäÕÈ Çáíãäì

Maksudnya: Rasulullah SAW mengajar kami apabila salah seorang kami memasuki tempat qadha hajat, hendaklah bertinggung di atas kaki kirinya, dan mendirikan kaki kanan.
Direkod oleh Baihaqi (no: 462) dengan sanad yang dhaif (Bulugh Maram).

3) Syahwat
Islam memberi panduan kepada umatnya untuk mengawal nafsu dengan cara:

i- Kahwin.
Sabda Nabi SAW: "Wahai golongan pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang mampu, hendaklah berkahwin. Sesungguhnya ia akan lebih merendahkan pandangan". (Bukhari 1806, dan Muslim 1400).
Maka tidak salah untuk berkahwin kerana tujuan mengawal nafsu seks. Kerana ia adalah sebahagian tuntutan agama.

ii- Puasa.
Di dalam hadis yang sama, baginda bersabda: "Dan sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah berpuasa. Sesungguhnya ia lebih menjaga kemaluannya".

iii- Berdoa.
Nabi mengajar supaya berdoa dengan doa-doa seperti:

Çááåã Åäí ÃÚæÐ Èß ãä ÔÑ ÓãÚí æÈÕÑí æÞáÈí æãäíí

"Ya Allah, aku meminta perlindungan-Mu daripada kejahatan pendengaranku, penglihatanku, hatiku, dan maniku" (yakni: kejahatan kemaluanku). Direkod oleh Ashab al-Sunan.

Wallahu A'lam.