SJ-13-0453 : Tidak Berzikir, Lafaz Doa, & Ilmu Hadis

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0453 : Tidak Berzikir, Lafaz Doa, & Ilmu Hadis

Assalamualaikum,kepada panel al ahkam yang saya hormati.pertama sekali,saya yang sedikit ilmu agama ini ingin memohon maaf kerana banyak bertanya. di sini saya ada 3 soalan kepada panel al ahkam.

1.Adakah sembahyang masih dikira sah sekiranya tidak membaca tasbih semasa iktidal,rukuk dan sujud(sekadar diam sahaja) ?
benarkah ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar membaca tasbih subhanallah semasa rukuk dan sujud?

2.doa tetapkan hati pada iman”Allahummaya muqallibal qulub sabbit qalbi ala dini wato atik”.manakah yang sahih,samaada membuang “wato atik” dihujungnya atau mengekalkanya?

3.benarkah imam sufian at-sauri pernah berkata”mempelajari hadis bukanlah bekal kematian,namun penyakit yang membuat orang sibuk”.inilah antara kata-kata yang dipegang oleh golongan sufi untuk menolak ilmu hadis.

Saya mohon pencerahan daripada panel al ahkam.sekian,terima kasih.

SJ-13-0453 : Tidak Berzikir, Lafaz Doa, & Ilmu Hadis

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Hukum membaca tasbih di dalam rukuk, iktidal, sujud dan lain-lain, diperselisihkan. Abu Hanifah, Malik, dan Syafie berpendapat ia sunat. Manakala Ahmad mengatakan ia wajib. Dakwaan sesetengah ulama yang mengatakan hukumnya tidak wajib secara ijmak, adalah tidak tepat.

Antara dalil yang mengatakan wajib tasbih ialah: Allah Taala menamakan sembahyang dalam Quran dengan gelaran Tasbih. Sebagaimana dalam Surah Taha: 130.

Mengikut kaedah, apabila dinamakan sembahyang dengan satu-satu nama, maka ia menunjukkan kewajipan perkara itu.

Contohnya, dalam surah Al-Hijr: 98, Tuhan namakan sembahyang dengan sujud. Maka sujud adalah rukun dalam sembahyang.

Dalam surah AL-Baqarah: 43, Tuhan namakan sembahyang dengan rukuk, maka rukuk adalah rukun sembahyang.

Dalam surah Al-Isra: 78, Tuhan namakan sembahyang dengan tilawah Quran, maka membaca Quran (Fatihah) adalah rukun sembahyang.

Maka begitu juga, jika dinamakan sembahyang dengan tasbih, maka tasbih menjadi wajib. (Sifat Solat Nabi, Torifi 123).

Sewajarnya dalam ucapan tasbih ialah membaca yang sabit daripada sunnah baginda, iaitu Subhanarabbiyal 'Azim dalam rukuk dan Subhanarabbiyal A'la dalam sujud. Atau mana-mana zikir lain yang sabit. Ada juga yang mengatakan memadai membaca Subhanallah, atau Subhanarabbi.

2. Kedua-dua bentuk doa iaitu dengan ada 'Wa To'atik' dan dengan tiada 'Wa To'atik' boleh dibaca. Kebanyakan riwayat hadis itu tidak ada lafaz tersebut. Tetapi ada riwayat yang menyebutnya seperti dalam Musnad Ahmad (no: 26133).

3. Benar, Sufian Al-Thauri mengungkapkan kata-kata itu. Ia dinukilkan oleh Zahabi dalam Tazkirah Al-Huffaz. Tetapi maksud Sufian bukanlah seperti mana yang difahami oleh kumpulan yang menolak ilmu hadis.

Maksud sebenar beliau ialah sebagaimana disebut oleh Imam Zahabi, iaitu ada kalangan penuntut-penuntut ilmu hadis yang mempelajari hadis bukan kerana ikhlas mahu mengetahui hadis. Tetapi kerana mahu bermegah-megah dengan gelaran ahli hadis, bermegah-megah dengan sanad yang tinggi, dengan guru-guru dan rantaian-rantaian sanad yang banyak. Pengajiannya bermotif kepentingan diri dan bukan ikhlas kerana Allah Taala. (Tazkirah Al-Huffaz 1/191)

Jadi, tidak benar tafsiran yang mengatakan maksud Sufian ialah mencela pengajian ilmu hadis. Kerana beliau sendiri adalah imam para ahli hadis pada zamannya.