SJ-13-0462 : Rawat sihir dengan cara tukar nama

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0462 : Rawat sihir dengan cara tukar nama

Assalamualaikum Wmt Wkt,

Semoga rahmat Allah memayungi semua ahli panel,

Saya ada terbaca buku Syeikh abd Salam Al-Baali tentang rawatan menagkis sihir dan beliau menyebut bahawa antara ciri-ciri mualij yang mengamalkan sihir ialah beliau akan meminta nama pesakit dan nama ibu pesakit untuk di " scan " sama ada terkea sihir atau tidak.

Soalannya : adakah dibolehkan kita berubat secara tradisional atau ruqyah dengan mualij yang ada ciri ini, walaupun kita tahu mualij ini hanya mengamalkan bacaan ayat Al-quran dan doa ma`thur, cuma part minta nama pesakit dan ibunya sahaja dia amalkan

JZKMLLH

Wassalam

SJ-13-0462 : Rawat sihir dengan cara tukar nama

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Untuk rawatan sihir, syarak telah menunjukkan kaedah-kaedah yang dibenarkan dan mujarab, iaitu: Bacaan Quran, ayat-ayat tertentu, doa-doa daripada hadis, dan jampi-jampi yang masyruk.

- Boleh juga membawa pesakit bertemu dengan orang-orang soleh yang dipercayai agamanya, untuk mendoakan atau menjampinya.

- Atau dengan cara menghapuskan peralatan yang digunakan oleh penyihir, contohnya ikatan-ikatan, tulisan-tulisan mantera dan lain-lain, sekiranya kita dapat menjumpainya.

- Manakala kaedah menukar nama, -setakat pengetahuan kami- tidak disebut oleh ulama sebagai satu kaedah yang masyruk. Kaedah ini memang masyhur di kalangan orang-orang Melayu, hatta jika anak kecil sakit pun, bomoh dan pawang kadang-kadang menyuruh supaya ditukar nama.

- Maka kami berpendapat -Wallahu A'lam- tidak perlu kepada menukar nama. Cubalah menggunakan kaedah-kaedah yang diajar syarak tanpa was-was. In Sya Allah ada jalannya.

Wallahu A'lam.