SJ-14-0050 : Ziyadah al-Thiqah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0050 : Ziyadah al-Thiqah

:salam

Saya mohon sedikit penjelasan sedikit permasalahan ilmu Hadith, iaitu apakah yang dimaksudkan dengan penambahan dari ahli thiqah(ÒíÇÏÉ ÇáËÞÉ) di dalam sebahagian riwayat Hadith? apakah kedudukan penambahan ini di sisi Muhaddithin? adakah ia boleh dijadikan sebagai hujjah syari'yyah?

Terima kasih.

SJ-14-0050 : Ziyadah al-Thiqah

:wassalam

ini adalah persoalan yg memerlukan jawapan yang panjang lebar. secara ringkasnya, apabila seseorang thiqah meriwayatkan sesuatu hadith, ia akan dilihat dgn membandingkan riwayat beliau dgn riwayat orang lain. adakalanya berlaku penambahan sama ada dalam sanad hadith tersebut (ada nama rawi yg lebih) atau pada teks hadith (matan). maka penambahan sebegini tidak diterima di sisi ulama secara terbuka dan tidak jg ditolak secara mutlak. kes sebegini akan dikaji berdasarkan petunjuk2 luar yang menyebabkan kita menerima atau menolak.
utk lebih lanjut, boleh lihat perbahasan ini dalam buku ibn rajab al-hanbali iaitu Syarh Ilal al-tirmidzi dalam bahasa arab. wallahu a'lam.