SJ-15-0002 : PANDUAN TARJIH

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0002 : PANDUAN TARJIH

Akum,

budaya mentarjih nampaknya tidak subur di Msia. Saya sendiri x boleh memberikan jwapan bila ditanya apakah tarjih,siapa blh mentarjih dsb. Ada beberapa persoalan yg minta dibincangkan:

1- bagaimana melakukan tarjih?

2-apakah semua perkara boleh ditarjih?

3-siapa boleh mentarjih?

4-bagaimana menerangkan kpd masyarakat bahawa mentarjih bukan menafikan mzhab atau menghina ulama mazhab?

diharap perbincangan fiqh yg sihat lg ilmiah dan power berlaku.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-15-0002 : PANDUAN TARJIH

:wassalam

al-Jawab:

0. Tarjih dari kata dasar rajaha, rujuh, rujhan bermaksud mempertimbang dengan sebaiknya. Tarjih dalam fiqih bermaksud meneliti dengan cermat pendapat2 para Imam, membandingkan dengan nas dan kemudian mampu membuat pilihan akan pendapat manakah yg paling tepat (al-Qardhawi, muqaddimah Fatawa Mu'asirat). Guru dan Mursyid kepada al-Qardhawi, ustaz dan Imam Hasan al-Banna meletakkan isu Tarjih fiqih dalam Usyul Asyriin yg ke 7: " ...Jika sekiranya beliau terdiri dari kalangan orang yang berilmu, beliau hendaklah mencukupkan kekurangannya dari segi ilmu hingga sampai keperingkat Nadzar (mampu meneliti dalil-dalil hukum)

1. Bagaimana seorang bisa melakukan tarjih? Spt yg dikatakan oleh Ustaz al-Banna ialah mampu mencapai tahap Nadzar. Nadzar ini sebenarnya sebahagian dari syarat mujtahid. Tapi kata al-Qardhawi ketika mensyarahkan usyul ke 7 ini berkata, derjat nadzar yg dimaksudkan oleh usyul ini ialah tahap tarjih atau mujtahid juz'iy atau separa mujtahid. Jika ust alBanna menyebut Mujtahid, sudah tentu, usyul ke 7 ini tidak mampu dicapai oleh mana-mana orang hari ini. Rumusannya: orang yg boleh melakukan tarjih ialah terbuka kepada mereka yang memiliki kecerdasan, pemahaman yg baik, luas pembacaan dan tidak dinafikan sifat asas mujtahid spt penguasaan bahasa Arab, ilmu2 Usyul yg lain. (al-Qardhawi, Kaifa Nata'amalu Ma'a Turats, Cairo,: Maktabah Wahbah, bab 2)

2. Apakah semua perkara boleh ditarjih?
Jawab: Bergantung kepada kemampuan ilmu si fulan tersebut. Kalau dah capai tahap al-Qardhawi, maka beliau mampu mentarjih semua perkara, dari akidah sampai politik antarabangsa. Tapi jawapan yahng tepat ialah, tarjih diutamakan dalam isu-isu yg banyak diperselisihkan...

3. siapa boleh mentarjih?
Jawab: sudah dijelaskan pada soalan 1, ulangan: siapa pun bisa mentarjih jika mampu menguasai alat mentarjih, antara peralatan baru ialah:

1. Fiqh sunnah/Fiqh anNusus
2. fiqih muwazanah (keseimbangan)
3. Fiqh alAwlawiyat (fiqh keutamaan)
4. Fiqh alMaqosyid
5. Fiqh alIkhtilaf (fiqh berbeda pendapat)
6. Fiqh alWaqe' (Realiti)
(alQardhawi, alSahwah alIslamiah, Darul Syurouq, Cairo)

4. Fiqh Tarjih bukan anti Madzhab
Jawab: Menjelaskan intipati Usyul ke 7 Ustaz al-Banna, di mana Taqlid, Ittiba' dan tarjih merupakan tiga fasa mengamalkan Fiqih. Mereka yang sudah berada ditahap ittiba' dan Tarjih tidak memperlecehkan mereka yang masih berpegang kepada Madzhab (taqlid), jika sekiranya muqallid benar-benar mereka yg tidak berupaya mempelajari nas dan dalil. Yang perlu diperbetulkan ialah konsep Fanatisme Madzhab sahaja (al-Qardhawi, kaifa nata'amalu ma'a Turats, ibid) WA