SJ-16-0009 : Puasa Nazar

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0009 : Puasa Nazar

Askum,

apakah hukum bagi seseorang yg bernazar utk berpuasa selama bebrapa hari sewaktu masih di luar negara sebelum ia pulang ke malaysia, tetapi tidak sempat utk menunaikan nazar demikian disebabkan beliau didatangi haid..

tujuan beliau bernazar demikian adalah kerana ingin menguji diri berpuasa di musim panas di mana siangnya adalah panjang..namun, beliau tidak sempat utk menunaikan kerana datangnya haid dan beliau pula akan pulang ke malaysia

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-16-0009 : Puasa Nazar

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan al-Munir dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Puasa nazar yang nyatakan tadi adalah puasa nazar muallaq (disangutkan). Maknanya, nazar tersebut mempunyai kondisi - "Saya bernazar akan berpuasa selama ... hari selama saya berada diluar negara". Maka apabila seseorang itu telah keluar pada negara tersebut, nazarnya telah terbatal, dan dia dikenakan kifarat (Kafaarat Yameen ). Firman Allah swt :-

áóÇ íõÄóÇÎöÐõßõãõ Çááøóåõ ÈöÇááøóÛúæö Ýöí ÃóíúãóÇäößõãú æóáóßöäú íõÄóÇÎöÐõßõãú ÈöãóÇ ÚóÞøóÏúÊõãõ ÇáúÃóíúãóÇäó ÝóßóÝøóÇÑóÊõåõ ÅöØúÚóÇãõ ÚóÔóÑóÉö ãóÓóÇßöíäó ãöäú ÃóæúÓóØö ãóÇ ÊõØúÚöãõæäó Ãóåúáöíßõãú Ãóæú ßöÓúæóÊõåõãú Ãóæú ÊóÍúÑöíÑõ ÑóÞóÈóÉò Ýóãóäú áóãú íóÌöÏú ÝóÕöíóÇãõ ËóáóÇËóÉö ÃóíøóÇãò Ðóáößó ßóÝøóÇÑóÉõ ÃóíúãóÇäößõãú ÅöÐóÇ ÍóáóÝúÊõãú æóÇÍúÝóÙõæÇ ÃóíúãóÇäóßõãú ßóÐóáößó íõÈóíøöäõ Çááøóåõ áóßõãú ÂíóÇÊöåö áóÚóáøóßõãú ÊóÔúßõÑõæäó
dir="ltr">"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. " [surah al-Maa'idah : 89]

Seian, wassalam

خيرالأمين