SJ-1613: Riba & Keuntungan Bank

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1613: Riba & Keuntungan Bank

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ada 2 kemusykilan :

(01) Ada orang berkata bahawa Firman Allah Taala yang bermaksud : "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu makan riba berganda-ganda", membawa maksud: Tidak mengapa kalau ambil sekali ganda, kerana yang dilarang
adalah berlipat kali ganda. Betulkah pemahaman seperti ini ustaz ?.

Sebab, kalau tiada langsung riba (keuntungan) maka tiada siapa pun yang akan berniaga di dunia ini. Bagaimanakah keadaan sebenarnya ustaz ?. Harap dapat penjelasan yang memuaskan hati.

(02) Kalau bank tiada langsung mengamalkan riba, maka bagaimanakah hendak diambil keuntungan ? Bagaimanakah hendak membayar gaji perkerja-perkerjanya ? sedangkan hendak hantar surat kepada pelanggan pun diperlukan duit untuk membeli stem dan sampulnya ?. Dan siapa pula yang hendak bagi kita berhutang, kalau si pemiutang itu membayar dengan kadar yang sama dengan kadar pinjaman asal, walhal masa bayar kembali hutang yang lama itu sudah tentu merugikan si ceti, walhal dalam bisnes, duit perlu sentiasa rolling. Harap dapat penjelasan yang sewajarnya.
Terima Kasih Ustaz. Wassalamu Alaikum.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1613: Riba & Keuntungan Bank

Jawab:

1. Riba (usury) dan untung tidak sama. Riba adalah istilah keuntungan yg khusus dalam dunia perbankan. Manakala untung (profit) ini berlaku dalam semua bentuk perniagaan. Perbankan yg berjalan hari ini adalah menurut acuan perbankan Eropah yg diasaskan pada sekitar 1642 (penubuhan Bank of England), Itali (Banco di Realto, 1584), USA (Bank Pusat, 1913 dan Federal Reserve Act, 1933) dan Rusia (1959). Islam mengharamkan riba acuan kapitalis tapi tidak menghalang sektur perbankan membuat keuntungan (ini kerana keuntungan adalah motif semua jenis perniagaan dan perdagangan). Perbankan Islam telah memperkenalkan mudharabah sebagai instrumen utama perbankan menggantikan keuntungan ribawiyah dan ia telah berjalan di Malaysia sejak 1984. Cuma sistem ini perlu diperkemaskan.
2. Jika tidak ada riba, bgmn bank nak untung adalah suatu kenyataan yg tidak berasas. Ini kerana kita melihat aktiviti ekonomi moden hanya dari persepsi ekonomi Barat atau acuan aktiviti perbankan dari acuan perbankan kapitalis yg telah mengamalkan dasar sekuler dalam politik dan ekonomi mereka. Umat Islam hendaklah melihat dunia dengan acuan Islam, bermula dengan akidah, pembinaan masyarakat, negara dan aktiviti ekonomi secara Islam, maka akan lahirlah sistem perbankan Islam yg tegak atas dasar perkongsian keuntungan yg dinamakan mudharabah. Jika Islam hidup atas dasar sekuler atau separuh Islam dan separuh kapitalis, maka kita menjadi sesak nafas untuk melaksanakan ekonomi Islam dan melaksanakan hudud. Suara-suara yg mengatakan mana boleh bank tanpa riba atau mana boleh umat Islam sekarang melaksanakan Hudud, mesti kena guna perundangan civil baru maju, adalah suara-suara yg menandakan ketewasan dan kelemahan kita dan beranggapan Islam telah menjadi kuno dan obselete bila berhadapan dengan zaman moden.
Dasar Islam yg kekal abadi: riba diharamkan dan disuburkan keuntungan melalui perdagangan. Dasar ini yg datang dari Tuhan yg menciptakan manusia akan menjamin tuan punya bank dan industri perbankan, dan di waktu yg sama menjamin kebajikan masyarakat pengguna supaya mereka tidak ditindas dan dapat menikmati hidup tanpa tekanan dari perbankan yg menindas. Bacalah buku-buku:
1. Sayyid Qutb, Tafsir ayat Riba
2. Dr Qardhawi, Tipuhelah menghalalkan Riba'
3. Banking without Interest, Dr Muslehuddin
Dengan membaca buku-buku ini, akan menaikkan kembali kepercayaan kita bahawa Islam BOLEH. Allahu a'alam