SJ-1630: Istidraj 2

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1630: Istidraj 2

Asalammualaikum...
[Merujuk kepada soalan SJ-1628]

Ustaz ada mengatakan rezki halal (mukjizat, karomah dan ma'unah) ..... bolehkah ustaz terangkan satu persatu apakah yang dinamakan mukjizat, karomah dan ma'unah dalam kontek mencari rezki yang halal...

2. Adakah dikatakan istidraj jika memperolehi rezki seperti teka bola, silangkata, sijil simpanan premium dan masuk peraduan2 yang menjanjikan hadiah wang atau barang....

...JAZAKALLAH....

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1630: Istidraj 2

Jawab:

1. Isu Istidraj dan mencari rezki ini perlu dipisahkan.
Kita sudah menjelaskan Istidraj ini dibahaskan di bawah bab: perkara-perkara yg mencarik adat. Jika perkara ganjil itu berlaku kepada Nabi, dinamakan mukjizat (cth: tongkat Nabi Musa bertukar menjadi ular), jika ia berlaku kepada wali, ia dinamakan karamah (keramat), jika berlaku kepada orang mukmin dinamakan ma'unah.
Jika perkara-perkara anih itu berlaku kepada orang yg derhaka kepada Allah, dinamakan istidraj, misalnya Fir'aun yg panjang umur dan tidak pernah sakit. Qarun yg berjaya dalam bisnesnya dan luar biasa kekayaannya. Tapi kekekayaannya itu digunakan untuk bersekongkol dgn Fir'aun.

Sekarang dalam kontek mencari rezki. Orang mukmin keluar mencari rezki, misalnya dia aktif dlm bisnes, dia bekerja keras dan jujur dlm bisnessnya, dan mendapat untung setimpal dengan usahanya. Ini hanyalah hukum cause dan effect (sebab dan akibat), kerja keras, tawakkal dan dapat untung.

Peniaga kafir/non-muslim atau muslim yg maksiat, berniaga juga, kerja keras dan patuh pada etika business, dapat untung. Ini juga adalah mengikut hukum cause and effect.

Bagaimana boleh berlaku ma'unah/keramat dalam bisness atau istidraj dalam bisness?
Peniaga mukmin, yg jujur, banyak memberi sumbangan pada Islam dalam bentuk sumbangan material, maka Allah lipat gandakan kekayaan dan keuntungannya dengan peluang yg tidak disangka-sangka. Ini adalah ma'unah dari Allah kerana kekayaan di fulan itu bukan sahaja bermanfa'at buat dirinya tapi untuk masyarakat dan agama. Cthnya Abd Rahman bin 'Auf ra.

Istidraj dalam bisness kafirun/non-muslim atau muslim yg derhaka ialah businessnya berjaya dan mendapat keuntungan yg luarbiasa, maka dengan kejayaan luarbiasa ini menjadikan ia lebih jauh derhakanya dan kafirnya. Cthnya Qarun. Kejayaan luarbiasa ini adalah istidraj (suatu tipudaya) dari Allah swt.

Dalam keadaan normal, karamah dan istidraj tidak berlaku kerana kebanyakannya mengikut hukum alam, sunnatuLlah, cause and effect. Siapa usaha lebih dia dapat banyak, tanpa mengira muslim atau kafir. Dalam keadaan yg luar biasa, barulah berlakunya karamah dan istidraj.

2. Memasukki peraduan, contest, cabutan bertuah itu tiada kaitan dengan istidraj. Menang peraduan meneka berapa banyak kacang dalam balang, peraduan2 mudah yg dianjurkan oleh syarikat konsumer, cabutan bertuah anjuran BSN, itu semua bukan suatu yg luar biasa. Kalau menang, orang kata, "nasib dia banyak baik lah". Ini perkara yg berlaku setiap masa. Sedangkan perkara ganjil dan mencarik adat spt keramat atau istidraj adalah suatu yg benar-benar ganjil/luarbiasa, misalnya apa yg disebut akan berlaku kepada Dajjal dan kuasa yg bakal dimilikinya (di akhir zaman).
Rumusan:

Kita bawakan petua Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (al Furqan bayna Auliya' arRahman wa Auliya' asySyaithan), di mana Syaikhul Islam memetik petua Imam Syafi'iy ra:
" apabila kamu melihat seorang berjalan atas air dan terbang di udara, maka janganlah kamu mempercayainya sebelum kamu menilai dirinya berdasarkan alKitab dan asSunnah.

Dari petua ini: apabila berlaku suatu keganjilan luarbiasa baik dalam apa jua urusan kehidupan, jika berlaku suatu yg mencarik adat, maka cepat-cepat kita lihat kehidupannya, apakah dia makhluk yg selari dgn alQur'an dan asSunnah atau dibantu oleh Syaitan, jika anda menyebut bisnes, dia mendapat keuntungan yg luarbiasa dan menjadi jutawan dalam tempoh yg singkat, maka kita kena sukat kehidupan dan aktiviti bisnessnya, apakah ia selaras dengan Islam (wali) atau selaras dengan syaitan, maka ia wali syaitan.
Dengan kata lain, jika luarbiasa itu berlaku pada si fulan dan dia terbukti insan soleh, maka ia karamat. Jika yg luarbiasa itu berlaku kpd si fulan dan ia terbukti seorang yg fujjar (jahat) maka dia telah mendapat istidraj. Itulah kedudukan dan perbedaan antara wali Allah dan wali syaitan. Allahu a'alam