SJ-1666: Melayan suami.....

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1666: Melayan suami.....

Assalammualaikum...
Ustaz....apakah ada dalil AlQuran atau hadis yang menerangkan hari-hari dan waktu yang disunatkan melayani suami.....Apakah betul suami-isteri tidak digalakkan bersama melainkan malam Isnin, Khamis dan jumaat... juga tidak digalakkan bersama... pada waktu gerhana, malam 15 (bulan penuh)kerana kemungkinan mendapat anak cacat. semoga mendapat penjelasan daripada ustaz... Jazakallah....

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1666: Melayan suami.....

Jawab:

Tidak benar.
Urusan seks tidak diperincikan oleh syara'. Dalilnya: alBaqarah: 223 (Isteri2 kamu adalah ladang tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah ladang kamu itu sebagaimana yg engkau sukai..)
Mungkin jika panduan yg terperinci hanyalah petua sahaja dan petua ini mestilah disokong oleh dalil yg qat'iy (putus) untuk sah diterima sebagai syari'at. Myth malam Juma'at adalah suatu metos yg amat popular, di mana disebut sahaja malam Juma'at, semua orang mengaitkan dengan seks. Ini tidak benar. (Ustaz Ali Mahfudz, Sunan wal Mubtadi'at)
Manakala kepercayaan jima' pada malam gerhana atau malam bulan penuh dan kaitan dengan kacacatan janin, maka itu suatu kepercayaan khurafat yg tiada asalnya (Syaikh alGhazali, Laisa minal Islam) Allahu a'alam