SJ-1727 : SUJUD TERHALANG & MENGGUGURKAN KANDUNGAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1727 : SUJUD TERHALANG & MENGGUGURKAN KANDUNGAN

Assalamualaikum Tuan Panel Al-Ahkam

1.Adakah solat seseorang itu sah jika dahinya terhalang dengan kopiah atau serban semasa sujud

2. Adakah diharuskan mengugurkan janin hasil dari sumbang mahram atau rogol seperti di Bosnia?

Wassalam

Re: SJ-1727 : SUJUD TERHALANG & MENGGUGURKAN KANDUNGAN

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

MASALAH PERTAMA : SUJUD DENGAN TERHALANGNYA DAHI DRP TEMPAT SUJUD ? :

Hadis 01 : Sabda Rasulullah s.a.w :

ÃãÑÊ Ãä ÃÓÌÏ Úáì ÓÈÚ æ áÇ ÃßÝÊ ÇáÔÚÑ æ áÇ ÇáËíÇÈ ÇáÌÈåÉ æ ÇáÃäÝ æ ÇáíÏíä æ ÇáÑßÈÊíä æ ÇáÞÏãíä

Ertinya : Aku telah diperintahkan agar sujud dengan 7 anggota iaitu (1) Dahi (2) Hidung (3) Kedua-dua tangan (4) Kedua-dua lutut dan (5) Kedua-dua kaki serta aku juga dilarang menyelak / menepis rambut dari muka dan pakaian ( Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim rh ).

Hadis 02 : Sabda Rasulullah s.a.w :

ÃãÑäÇ Ãä äÓÌÏ Úáì ÓÈÚÉ ÃÚÙã æ áÇ äßÝ ËæÈÇ æ áÇ ÔÚÑÇ

Ertinya : Kita semua telah diperintahkan sujud di atas 7 anggota, dan jangan kita menepis baju dan jangan pula kita menyelak rambut . ( Hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari rh, Lihat juga di dalam Fathul Bari { 2 } : 200 & 202 & Nailul Autor { 2 } : 286 ).

PENJELASAN :

Ketika sujud kita diwajibkan bersujud dengan menggunakan ketujuh-tujuh anggota tubuh kita iaitu (1) Dahi & Hidung , ( 2) Kedua-dua tangan , (3) Kedua-dua lutut dan (4) Kedua-dua kaki. Semuanya berjumlah tujuh anggota, sebab dahi dan hidung menurut hadis lain ( Riwayat Imam Al-Bukhari rh ) dikira sebagai satu anggota.

Kalau ada yang mengatakan bahawa tidak sah seseorang yang sujud walhal dahinya terlindung dek kopiah, kain, sebahagian kain serbannya dan seumpamanya , maka kita perlu Tanya mengapa pula tidak sah ?.

Mungkin mereka akan jawab kembali, tidak sah sebab dahi tidak mencecah ke tempat sujud !! Kita balas semua dengan mengatakan : “ Kalau begitu , maka adakah ini juga bermakna kita perlu selak kain kita agar kedua-dua lutut kita mencecah secara langsung ke tempat sujud tanpa terlindung dek kain ataupun seluar kita ? “.

Kita di zaman sekarang pun, tidak lagi sujud di atas tempat sujud melainkan dengan adanya pelindung / pelapik seperti sejadah itu. Adakah ini bermakna sujud kita juga tidak sah ?. Tentu saja tidak !.

***********************

MASALAH KEDUA : MENGGUGURKAN ANAK DISEBABKAN IANYA ANAK ZINA ATAUPUN DISEBABKAN SI IBUNYA MENJADI MANGSA ROGOL .

Sepanjang pengetahuan kami, tidak terdapat sebarang nas ataupun hujah yang kuat lagi munasabah yang membenarkan agar anak yang terhasil ataupun janin di dalam sesuatu kandungan itu digugurkan jika ianya hasil zina ataupun disebabkan si ibunya pernah dirogol.

Zina dan sumbang mahram (incest) adalah salah-satu dosa-dosa yang sangat besar dan dimurkai di sisi Allah Ta’ala. Dan perbuatan membunuh tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak juga adalah salah satu dosa-dosa yang terbesar. Oleh itu, janganlah disebabkan seseorang itu telah melakukan satu dosa besar, dia melakukan pula dosa besar yang lain. Takutlah kepada Allah Ta’ala yang amat keras azab-Nya !!!.

Janin yang bakal dilahirkan itu pula, biasanya akan dipandang hina dan jelek di sisi masyarakat, walhal anak itu tidak ada dosa sedikit pun dan tidak pernah pula si anak itu berdoa agar ianya dilahirkan sedemikan rupa. Bukan anak yang haram ! tetapi ibu dan lelaki yang berzina dengan ibunyalah yang telah melakukan satu perbuatan yang haram lagi dikeji . Mudah-Mudahan Allah Ta’ala menjauhkan kita semua drp semua musibah ini. Amin.

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

SARANAN RUJUKAN & PEMBACAAN :

1- PENGAJARAN SHALAT – Almarhum Ustaz A. Hassan ( ms 226 ).
2- KATA BERJAWAB 1-5 – Almarhum Ustaz A. Qadir Hassan ( ms 151 ).
3- LAIN – LAIN.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

6 / JAMADIL AKHIR / 1423 H
15 / OGOS / 2002 M

BANDARAYA KAHERAH