SJ-1747: Sumbang Mahram

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1747: Sumbang Mahram

Saya dapat email yang menyatakan "jika berlaku sumbang mahram contohnya ayah dgn anak atau anak tiri, maka hubungan suami isteri yang sedia ada secara automatik telah jatuh talak. Ini bermakna suami isteri berkenaan tiada lagi hubungan suami isteri dan tidak boleh disatukan semula walaupun melalui 'cina buta'." ... Persoalannya - benarkah hukumnya demikian dan apakah nas atau dalil nya

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1747: Sumbang Mahram

Jawab:
Tidak ada nas yg mendokong pendapat e-mail itu. Talak dan pembubaran perkahwinan ditentukan oleh suami dan mesti melalui pendaftar nikah-cerai-rujuk.
Tapi secara logiknya mengikut hukum Islam, perkahwinan itu boleh bubar kerana:
a) Jika mereka berada dalam negara Islam yg mengamalkan hudud, maka suami/ayah yg mengamalkan inses akan dikenakan hukum rejam sampai mati kerana dia merupakan pesalah muhsyan (yg sudah berkahwin). Maka jika pelaksanaan hudud rejam, maka secara otomatik bubarlah perkahwinan.

b) Jika berada dalam negara yg mengamalkan hukum civil spt Malaysia, kesalahan inses (sumbang mahram) dikenakan hukum maksimum 20 tahun penjara dan 6 sebatan. Hukuman penjara yg lama juga adalah alasan yg sah untuk membubarkan perkahwinan.

c) isteri yg solehah juga sepatutnya memfailkan perceraian (fasakh) kerana bimbangkan keselamatan anak-anaknya kerana si ayah sudah terbukti seorang yg tidak boleh memberi perlindungan kepada anak-anaknya dan telah khianat yg besar kepada isterinya. Ini adalah alasan yg kuat untuk membubarkan perkahwinan.
Berdasarkan tiga alasan itu, kemungkinan ada orang yg berpendapat perkahwinan bagi suami yg inses adalah otomatik bercerai sebagai penyelesaian. Allahu a'alam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1747: Sumbang Mahram

Tambahan:
Setelah saya meneliti semula kitab Fiqh Nikah, saya dapati jika berlaku inses antara ayah dan anak gadisnya, perkahwinan itu dibubarkan secara otomatik adalah pendapat madzhab Hanafi dan Hanbali serta diperkuat oleh Imam Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim. Hujahnya hadis dari Kamal bin Humam (Fiqh Islami, ms 6631) "Tidak sah engkau berkahwin dengan seorang wanita yg telah engkau setubuhi anaknya."
penjelasan detail ada dlm kitab Kasyaf alQina' 5/72 dan Syarah asySyagheer 2/405

Madzhab Syafi'iy dan Maliki pula sebaliknya, perkahwinan tidak batal dengan berlakunya inses (sumbang mahram), lihat Imam syaraf Nawawi, Rawdhoh Tolibin 7/113 dan Bidayah alMujtahid 2/21.
antara dalil madzhab ini ialah: HR albaihaqee dan Ibn Majah," perkara haram (zina) tidak mengharamkan apa yg halal (nikah); sesungguhnya menjadi haram hanya dengan nikah.
Rumusan:
Jika berlaku inses, maka terbubarlah perkahwinan berdasarkan fiqh hanafi dan hanbali
Tidak batal /terbubar menurut madzhab Nusantara (Syafi'iy) dan Maliki. Allahu a'alam