SJ-1760: Soalan tertangguh

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1760: Soalan tertangguh

Assalamu'alaikum,
Soalan saya minggu lepas masih belum berjawab. Harap dpt penjelasan dr ustaz.
1) Adakah niat qasar/jama' wajib diniatkan sebelum musafir? Bagaimana jika saya tidak pasti tentang jarak perjalanan (sama ada lebih atau kurang dr 2 marhalah) dan menggantungkan (taklik) niat saya seperti ("Jika perjalanan ini lebih 2 marhalah, maka aku akan jama'/qasar", dan sebaliknya)

2) Bagaimana pula jika saya pasti perjalanan lebih 2 marhalah, cuma tidak pasti sama ada akan melakukan jama' takhir atau taqdim sebelum memulakan musafir (kerana tidak pasti sempat atau tidak mengerjakan jama' taqdim ketika dlm perjalanan nanti). Adakah sah solat jamaq [email]taqdim@ta'khir[/email] / qasar saya atas penggantungan niat spt itu.

3) Jikalau tidak silap saya, menurut Imam Syafi'e, solat qasar & jama' boleh dilakukan sehingga 5 hari termasuk hari kita sampai dan pulang dr tempat musafir. Kita menyedari solat jama; dan qasar adalah hadiah dr Allah dan kita patut menerimanya. Akan tetapi, pada masa yg sama, solat berjemaah amat dituntut di dlm Islam. Jadi yg manakah perlu didahulukan jika saya balik ke kampung di Johor, saya mendengar azan berkumandang di masjid, dan pada masa yg sama saya ingin menerima sedeqah @ hadiah dr Allah yg membenarkan saya mengqasar solat saya. Harap ustaz dpt jelaskan manakah yg lebih afdhal utk saya ketika itu.

Allahu'alam. Jazakallah.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1760: Soalan tertangguh

Jawab:

Kami memohon ma'af jika benar soalan anda ini tertangguh dari minggu lepas kerana kami lihat dalam bank soalan, tidak kelihatan soalan anda ini, atau mungkin sudah kena delete secara tidak disengajakan. Yang manage (urus) bank soalan ini hanya saya dengan ustaz Pendekar saja, bgmn soalan anda boleh tercicir adalah suatu yg menghairankan kami sendiri.
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
1. Niat diperlukan sebelum memulakan safar. Menurut jumhur (termasuk Syafi'iyah), anda hendaklah tahu tempat yg dituju. Amat jarang orang yg bermusafir, tapi tidak tahu kemana tempat yg hendak dituju kecuali orang yg lari dari rumah atau orang yg ingin mencari isterinya yg hilang atau anaknya yg lari dari rumah atau pembantu rumah. Maka menjadi ketetapan jumhur (Sayyid Ahmad alHussaini asySyafi'iy, Dalil alMusafir , 33) mensyaratkan anda tahu tempat tujuan supaya kita tahu anggaran jaraknya.
Ibn Hazm, Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim (alMuhalla 5/30; Majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam 24/5; dan Zaad alMa'ad, 1/164) pula menetapkan Niat tidak ada dalam urusan musafir, tiada niat untuk memulakan safar dan tiada niat diperlukan untuk bermukim dan menetap disesuatu tempat . Imam Ibn Taymiyah menegaskan, jika niat diperlukan sudah tentu Allah dan Rasul-nya akan menegaskan kepentingannya. Allahu a'alam
2. Jika sudah tahu tempat tujuan, maka dari segi pemilihan takdim atau ta'akhir diberi sepenuhnya pilihan kepada si musafir mengikut musyaqqah (kesusahan) yg dialaminya atau bila ada kelapangan dan keringan. Jika dia tidak ada kesempatan solat takdim kerana berada di atas kenderaan, maka ia boleh niatkan untuk ta'akhir sebelum waktu solat pertama itu tamat.
3. Benar, solat safar boleh diteruskan jika seseorang safar/kembara dan berada di sesuatu tempat dalam tempoh 4 hari 4 malam (tidak termasuk masa tiba dan pulang). Apabila anda kembali ke kampung halaman sempena cuti, anda tidak boleh lagi melakukan solat safar (jama'-qasr) kerana anda berada di watan hakiki (tanah tempat tumpah darah) dan mengikut uruf (adat), seseorang tidak dinamakan musafir di kampung halamannya sendiri. Fiqh Islami. Allahu a'alam