SJ - 1809 : KUCING MEMAKAN BABI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1809 : KUCING MEMAKAN BABI

Bolehkah kita memegang kucing yg telah memakan babi?

Re: SJ - 1809 : KUCING MEMAKAN BABI

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

JAWAPANNYA : Ya, Boleh ! Kerana yang dipegang itu adalah seekor kucing bukannya seekor babi . Bandingannya ( Analogy ) ialah : Andainya kita memegang seseorang rakan yang telah ataupun sedang makan daging babi, adakah kita memegangnya ataupun memegang daging babi itu !?.

Adapun Persoalan andainya Kucing itu menjilat tangan kita walhal jelas masih ada kesan di lidah kucing itu yang menunjukkan ia baru sudah “ menikmati “ daging babi, maka ini persoalan lain.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

1 / Rajab / 1423 H
9 / September / 2002 M

Isnin – Bandaraya Kaherah