SJ-1825: Hadis Sahih dan Hadis Qudsi

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1825: Hadis Sahih dan Hadis Qudsi

Apakah dia hadis sahih, daif dan hadis qudsi, apa contohnya

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1825: Hadis Sahih dan Hadis Qudsi

Jawab:
Hadis digredkan kepada 4 jenis:
Gred A: sahih (certified to be genuine)
Gred B: hasan (acceptable quality)
Gred C: dha'ef (defective)
Gred D: Maudhu' (rejected)

Hadis sahih: perawi (periwayat hadis) dan mata rantainya (sanad) disahkan benar dari segi peribadinya dan bersambung kepada RasuluLlah saw. Ia pula disahkan oleh ahli hadis (Muhaddis) yg diiktiraf oleh umat Islam dan institusi keilmuan spt certifikasi Bukhari-Muslim. hadis juga menjadi sahih bila disahihkan oleh pengkritik hadis yg berwibawa spt azZahabi, Ibn Taymiyah, Ibn Qudamah, anNawawi atau Albani
Cth: HR Bukhari dari Umar alKhattab ra: sesungguhnya setiap amal itu dengan niat."
Hadis dha'ef: hadis2 yg berlawanan dgn hadis sahih, dimana perawi dan sanadnya terdapat kecacatan terutama peribadi perawinya dan sanadnya terputus, Cth: hadis-hadis fadhilat.
Hadis Qudsi: Firman Allah yg tidak tercantum dengan alQur'an tapi lafaz2nya disusun oleh Jibrail atau Nabi saw sendiri. Ia juga digredkan seperti hadis: sahih/hasan/dha'ef/maudhu'.
Ia dikenali dengan intro: nabi saw bersabda," Allah SWT berfirman..." (Albani, Tamamul Minnah)