SJ-1840: [K_Akhyar] Mohon Huraian 2

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1840: [K_Akhyar] Mohon Huraian 2

Dari Kita Kifayatul Akhyar

Apabila seseorang melakukan solat dgn membawa najis yang tidak dimakfuw tetapi dia tidak melihat adanya najis itu waktu solatnya, baik najis itu ada dibadannya atau bahunya atau tempatnya, jika sama sekali tidak melihat, ada dua qaul. Qaul jadid yang azhar wajahnya menyatakan wajib qada'. Sebab suci dari najis itu wajib. Jadi kewajiban suci itu tidak gugur kerana bodoh, sebagaimana kewajiban suci dari hadas.

Menurut qaul qadim, tidak wajib qada'. Qaul qadim ini dinukil oleh Ibnul Mundzir dari sebahagian banyak para Ulama dan dipilih oleh beliau sendiri dan oleh Imam Nawawi. Imam Nawawi memilih qaul ini didalam Syarah Al_Muhadzdzab.

- Syarat2 Solat sebelum mengerjakannya. MS 205

Jazakallah

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1840: [K_Akhyar] Mohon Huraian 2

Jawab:
Sudah dijelaskan pada siri Huraian 1 (SJ-1838)
Ini bermakna Qaul Qadim itu bersamaan dengan pendapat Malikiah. Pendapat ini diendorsed oleh Rektor alAzhar, Sayyid Sabiq (F_Sunnah). JKK di atas input/kajian anda terhadap kitab K_Akhyar.