SJ-1852: [U] Sujud Syukur & Sujud Tilawah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1852: [U] Sujud Syukur & Sujud Tilawah

Assalamu'alaikum Ustaz & Ahli Panel sekelian,

Persoalan mengenai sujud syukur dan sujud tilawah.

1. Apa perbezaannya kedua-dua sujud ini? Dari segi hikmah mahupun kebaikan2 yg ada padanya. Sedangkan cara & bacaannya adalah sama. Adakah perbezaan namanya disebabkan oleh ketika melakukannya iaitu sujud syukur kerana dapat nikmat dan sujud tilawah ketika ketika membaca Al-Quran?

2. Sewaktu membaca ayat2 Al-Quran yang menuntut kita bersujud (Sujud Tilawah), ketika bila kita perlu bersujud, sebaik sahaja membaca perkataan sajadah atau perlu menghabiskan keseluruhan ayat tersebut, meletakkan Al-Quran & sujud?

3. Sekiranya kita tidak dapat melakukan sujud Tilawah, seperti membaca al-Quran di pejabat @ di dalam sesuatu majlis, adakah ada ayat2 yang boleh dibaca bagi menggantikan sujud tilawah?

4. Bilakah sebaik2nya perlu dilakukan sujud syukur? Adakah hanya ketika dapat nikmat yg besar dari Allah? Atau bolehkah kita melakukannya pada bila2 masa saja yang kita suka ketika waktu susah mahupun waktu senang?

4. Semasa bersujud (tilawah @ syukur), bolehkah kita berdoa semasa melakukannya dengan berdoa yang baik2 seperti mohon keampunan, dikurniakan nikmat dan sebagainya?

Harap dapat penjelasan yang mendalam berkenaan hal ini.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Re: SJ-1852: [U] Sujud Syukur & Sujud Tilawah


Jawab:

1. S_Tilawah vs S_Syukur
Sujud Tilawah ialah sujud yg dilakukan ketika membaca ayat2 Sajdah (ada 15 ayat). Hikmah dan kebaikan: sudah tentu boleh diselidiki tapi yg penting ia ada contoh dari Nabi saw, Dalilnya: Hr Bukhari dari Umar alKhattab ra,"wahai manusia, kita tidak di-perintah untuk sujud tilawah, siapa yg ingin sujud, dapat pahala dan siapa yg tidak ingin sujud, tidak pula berdosa." Basicnya: kita boleh buat kerana ia dilakukan oleh nabi saw. Kalau kita selidiki maksud ayat-ayat itu kita akan faham kenapa kita sujud.
Sujud syukur = sujud yg dilakukan kerana mendapat kebahgiaan atau dihindari dari bahaya. HR Abu Daud dari Abu Bakrah ra," apabila mendapat khabar yg baik, baginda sujud kepada Allah." Hikmahnya: HR Ahmad dan alHakim, dari Abd Rahman bin 'Awf ra, (sabda) " aku sujud kepada Allah untuk melahirkan rasa syukur."
Perbedzaan teknikal:
S_tilawah ada bacaan khusus: HR Abu Daud, " sajjada wajhi....", ada takbir.
S_syukur pula tiada takbir dan tiada bacaan khusus
Pendapat di atas adalah dari pendapat salaf dan tahqeeq (Risalah Salat dari PERSIS)
2. Lazimnya ialah selepas membaca ayat sajdah (seperti yg kita lakukan semasa solat berjama'ah Subuh pagi Juma'at)
3. Bukankah kita sudah jelaskan ia adalah sunat. Jika tidak ada kemungkinan untuk dilakukan, maka tidak berdosa meninggalkannya. Tapi jika sorang2 dalam pejabat, sudah tentu tidak ada masalah. Tidak ada sebarang metode atau ayat untuk mengganti sujud tilawah.
4. Sujud syukur adalah tindakan spontaneous (serta-merta) bila mendapat nikmat atau terlepas dari marabahaya. Sebab ia tidak memerlukan wudhu', dan pakaian yg bersih. Tidak boleh dilakukan sepanjang masa kerana kebahgian dan terlepas dari musibah ini bukanlah sepanjang waktu.
5. Tidak ada do'a ketika sujud syukur dan tilawah sebab ia berlaku dengan spontan dan pantas. Waktu berdo'a yg mustajab disediakan Allah dalam waktu2 yg lain.
WaLlahu a'alam