SJ-1854: Yaqazah2

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1854: Yaqazah2

Assalamualaikum Wmt Wkt

Terima kasih saudara THTL di atas jawaban tersebut..

1.Adakah ini bermakna Yaqazah merupakan pegangan Ahlu Sunnah...Boleh saudara nyatakan lagi nama ulama mu`tabar selain As-Suyuti yang membenarkan yaqazah ini dan adakah ulama lain yang menetang pendapat beliau

2.Apakah yang dimaksudkan furu` aqaid dan usul aqaid..adakah mengingkari furu` aqaid menjadi kafir.

Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1854: Yaqazah2


Jawab:
1. Yaqozah bukanlah pegangan ahli Sunnah wal jama'ah (maksudnya ia bukanlah dasar2 kepercayaan agama). Cuma sebahahagian ASWJ meletakkan isu Yaqozah di bawah tajuk Keramat para Wali. Salah satu keramat para Wali Allah ialah mereka boleh bertemu Nabi saw secara jaga (yaqozah). Ramai fuqaha' ASWJ yg mendokong pendapat ini: antaranya alGhazali Hujjatul Islam (alMunqiz), Syuyuti (Inaratul Halik), Qadhi Ibn alArabi (Faraid al Fawaid), Syaikhul Islam Ibn Hajar alHaithami (syarah alHumaziah alMadih annabawi), Imam Ibn Hajar Asqalani, Fathul Bari Jld 26), manakala Imam Nawawi agak neutral dalam Syarah Sahih Muslim 15/26 dan Imam Sya'rani dalam alMizan alKubra juga neutral. Fuqaha ' yg menolaknya ialah Imam Muhammad Abduh dan Imam Ridha (Tafsir alManar)
2. Furu' Aqaid dan Usyul Aqaid.
Usyul Aqaid ialah perkara2 pokok atau dasar Aqeedah Islamiah yg menyentuh sifat dan Zat serta Asma' Allah, Rasul, Malaikat, Kitab2, Hari Akhir, Qadha' baik dan jahat. Ia thabit atau ditetapkan berdasarkan nas2 (nusyus) yg qat'iyah (putus) mutawatir (berbilang sumber) dan disepakati ASWJ. Isu2 lain yg diperselisihkan spt yaqodzah, mimpi, alMahdi, Yakjuj dan makjuj, Dajjal, adalah isu2 akidah yg furu'iyah dan tidak disepakati secara putus. Maka dalam hal furu'iyah ini, ASWJ membenarkan perbedaan pendapat. WaLlahu a'alam