SJ - 1881 : PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMERLUKAN NIAT

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1881 : PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMERLUKAN NIAT

assalamualaikum...

Ustaz,

apakah dia perkara-perkara yang tak memerlukan niat untuk jatuh sesuatu hukum ke atas perkara-perkara tersebut sekiranya terjadi?

Sekian . Terima Kasih.

Wassalam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1881 : PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMERLUKAN NIAT

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Sebelum diberikan jawapan bagi persoalan yang saudara kemukakan itu , marilah kita bersama-sama memerhatikan dua perkara penting di bawah ini :

1 - NIAT : ( ÇáäíÉ ) :

Menurut pengertian bahasa Arab ialah : “ Berazam untuk melakukan sesuatu perkara “.

Manakala menurut kehendak syarak pula ialah : “ Niat ialah satu tujuan yang bermaksud untuk mentaati dan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala , dengan melakukan sesuatu perkara yang disuruh , ataupun dengan meninggalkan satu perkara yang ditegah daripada melakukannya “.

2 – MELAFAZKAN NIAT ( ÇáÊáÝÙ ÈÇáäíÉ ) :

Melafazkan niat ialah menuturkan satu keazaman yang tersirat di dalam hati.

*** PENJELASAN ***

Jika seseorang itu mengambil wudhuk ? maka apakah tujuannya dia mengambil wudhuk itu ? , Jika jawapannya disebabkan dia hendak melakukan solat , maka itulah maknanya dia telah berniat untuk mengambil wudhuk . Kehendak dan tujuannya mengambil wudhuk disebabkan hendak melakukan solat itulah dinamakan sebagai “ Niat “.

Begitulah juga , jika seseorang itu bangun untuk bersahur di bulan Ramadhan , maka bangunnya itu sudah dikira sebagai niat , kerana dia bangun dengan tujuan ( dengan niat ) untuk bersahur dan dia bersahur pula untuk menunaikan puasa Ramadhannya.

Tapi jika seseorang itu hendak solat lalu mengucapkan : “ USOLLI ….” , ataupun jika dia hendak berpuasa lalu dia pun menyebut : “ NAWAITU SAUMA ….. “ , maka kedua-dua itu bukanlah NIAT tetapi itu adalah MELAFAZKAN NIAT !.

NIAT tempatnya di hati kerana niat itu berpunca daripada situ .

MELAFAZKAN NIAT pula tempatnya di mulut , kerana niat tidaklah boleh dilafazkan melainkan oleh mulut.

NIAT adalah sesuatu yang dituntut oleh syarak sebagai membezakan sesuatu amalan itu , sama ada ianya dilakukan dengan tujuan sebagai ibadat ataupun tidak. Dan Niat juga dituntut untuk membezakan di antara perkara-perkara ibadat yang dilakukan , samada ianya dilakukan sebagai ibadat yang wajib ataupun selainnya.

MELAFAZKAN NIAT pula , tiada panduannya daripada ajaran Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w melainkan di beberapa perkara yang sedikit sahaja , bukan pada kesemua ibadat.

Oleh itu, tidaklah munasabah jika semua perkara yang memerlukan niat itu , perlu juga dilafazkannya . Contohnya jika seseorang itu berniat ( bermaksud ) hendak memberi salam ke atas seseorang yang hampir dengannya , adakah dia perlu melafazkan niat itu dengan kata-kata seumpama : “ Sengaja aku berniat untuk memberi salam ke atas Pak Haji ini sebanyak sekali salam , kerana Allah Ta’ala “ !? . Maka jawapannya ialah TIDAK PERLU BEGITU KERANA TIADA CONTOHNYA DARIPADA ALLAH TA’ALA DAN RASUL-NYA S.A.W !.

Begitulah juga jika seseorang itu berniat untuk menziarahi Web Al-Ahkam.Net ini , maka sudah tentu dia juga tidak diperintahkan untuk mengucapkan niatnya seperti : “ SENGAJA AKU CONNECT INTERNET INI SEBAB HENDAK MELAWAT WEB AL-AHKAM. NET , KERANA ALLAH TA’ALA ! “.

Dan kami rasa, tidaklah juga kami memperjelaskan persoalan seperti adakah melafazkan “ USOLLI “ itu ataupun “ NAWAITU “ itu ada contohnya daripada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w dan perselisihan umat Islam mengenai hal itu , kerana bukanlah di sini tempatnya yang sesuai untuk menjelaskan permasalahan itu.

PERKARA – PERKARA YANG TIDAK MEMERLUKAN NIAT :

Disebabkan NIAT itu disyariatkan demi untuk membezakan di antara sesuatu yang dilakukan kerana adat – kebiasaan ataupun kerana ibadat , maka bagi PERKARA-PERKARA YANG BETUL-BETUL IBADAT SECARA MUTLAK @ TOTAL @ TOTOK ( Pure Worship ) TIDAKLAH MEMERLUKAN NIAT , KERANA PERBUATAN ITU SENDIRI , ADALAH PERBUATAN YANG TIDAK DAPAT DIKATAKAN IANYA DILAKUKAN BUKAN DISEBABKAN IANYA ADALAH IBADAT.

Oleh itu sesuatu perbuatan yang sudah tentulah ianya adalah IBADAT MUTLAK , yang tidak dapat lagi disangkal bahawa ianya betul-betul ibadat mutlak, maka perkara-perkara seperti itu tidaklah berhajat kepada NIAT , contohnya :

Beriman kepada Allah Ta’ala dan mengenal-Nya , takut dan berharap hanya semata-mata kepada-Nya , Membaca Al-Quran dan berzikir serta berwirid , semuanya itu tidak memerlukan niat , kerana rupa-bentuk amalan tersebut sendiri sudah menunjukkan bahawa ianya adalah IBADAT YANG MUTLAK !.

KECUALILAH jika membaca Al-Quran itu disebabkan nazar , maka hendaklah disertakan dengan NIAT ( sila bezakan NIAT dengan MELAFAZKAN NIAT ini baik-baik ! ) supaya dapat dibezakan samada membaca Al-Quran itu kerana wajib ( seperti kerana nazar tadi ) ataupun kerana sunat hukumnya !.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1 – AL-MAQASID ASY-SYAR’IYAH FIL QAWA’ID AL-FIQHIYYAH
Oleh Prof. Dr . Abdul Aziz Azzam ( Penasihat Rektor Universiti Al-Azhar )
Ms 57 – 70 , Terbitan : Darul Bayan Littob’ie Wan Nashr , Madinah Nasr, Cairo.

2 – LAIN – LAIN BAHAN BACAAN

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

2 / Sya’aban / 1423 H
9 / September / 2002 M

Rabu – Bandaraya Kaherah