SJ-1905: JAMPI & AZIMAT : DI ANTARA HARUS DAN HARAMNYA

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1905: JAMPI & AZIMAT : DI ANTARA HARUS DAN HARAMNYA

Assalamualaikum Warohmatullah

Persoalan ini memang dah ada di dalam Arkib cuma saya nak meminta pendapat Ustaz bagaimana nak menerangkan pada orang yg menjadikan alasan IKHTIAR untuk menggunakan Tangkal Pendinding ini, kerana kebanyakan yg saya temui orang yg menggunakanya paling tidak sedikit mesti ada mempercayai yg sebab dia pakai tangkal tu la dia rasa selamat.
Kemudian ada juga yg diberikan kemenyan dan sekiranya ada sebarang masalah, kena bakar kemenyan kemudian seru nama seseorang untuk meminta bantuan juga mandi limau dengan niat minta selamat dari sebarang bencana
Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada Ustaz samada Ustaz Pendekar dan Ustaz THTL atau kedua-duanya sekali dapatlah kiranya mengulas kembali permasalahan ini bersama dengan dalilnya sekali

Re: SJ-1905: Tangkal Pendinding Azimat


Jawaban:

1. Tangkal
Dalil-dalil umum tentang bahaya tangkal
AQ 6: 17 (Jika Allah menimpakan suatu mudharat kepadamu, maka tiadalah yg menghilangkannya melainkan Dia sendiri)
Juga atat 107: surah Yunus
HR Ahmad dari Uqbah: mengenai syirik hukumnya memakai tangkal pendinding ini.
Pendapat pilihan dalam urusan Tangkal sebagai ikhtiar: ia adalah tertolak dan pintu kepada dosa syirik (Syaikh alGhazali, Laisa minal Islam)

2. Bakar kemenyan dan seru ruh. Ini juga amalan syirik menurut Syaikhul Islam Imam Ibn Taymiyah (Ziarah alQubur wal Istinsyad bil Maqbur). dalilnya:
AQ 35: 2
AQ 6: 40 (apakah kamu menyeru selain Allah, jika kamu orang2 yg benar?)
AQ: 17: 56-7 (panggillah mereka yg kamu anggap tuhan selain Allah)
WALlahu a'alam

Re: SJ-1905: JAMPI & AZIMAT : DI ANTARA HARUS DAN HARAMN

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Sebagai Tambahan bagi apa yang telah dinyatakan oleh Al-Fadhil Ustaz thtl ;

1 – Aqidah yang benar dan iman yang selari dengan syarak merupakan asas terutama bagi seseorang muslim untuk meneruskan penghidupan yang diredhai di atas muka bumi ini. Sehubungan dengan itu , di dalam kehidupan kita , termasuklah di dalam berubat sekalipun , Allah Ta’ala telah menetapkan peraturan-peraturan-Nya , contohnya :


æóáÇó ÊóÏúÚõ ãöä Ïõæäö Çááøåö ãóÇ áÇó íóäÝóÚõßó æóáÇó íóÖõÑøõßó ÝóÅöä ÝóÚóáúÊó ÝóÅöäøóßó ÅöÐðÇ ãøöäó ÇáÙøóÇáöãöíäó

Ertinya : “ Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim ".

MAKSUDNYA : Wajb kita beriman bahawa yang benar-benar boleh memberikan manfaat dan mudharat kepada kita secara total dan sebenar-benarnya , hanyalah Allah Ta’ala.

[=blue] 2 – JAMPI ( ÇáÑÞì/ ÇáÑÞíÉ ) , TANGKAL ( ÇáÊãíãÉ / ÇáÊãÇÆã ) & AZIMAT (ÚÒíãÉ / ÚÒÇÆã) merupakan perkara-perkara yang sememangnya dibahaskan di dalam Islam semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Sebagai contohnya hadis berikut :

Úóäú ÚóÈúÏö Çááøóåö ÞóÇáó ÓóãöÚúÊõ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÞõæáõ Åöäøó ÇáÑøõÞóì æóÇáÊøóãóÇÆöãó æóÇáÊøöæóáóÉó ÔöÑúßñ

Ertinya : Abdullah ( Ibnu Mas’ud r.a ) beliau berkata : “ Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Sesungguhnya jampi - mentera , tangkal dan ilmu pengasih itu adalah syirik “ ~ Hadis diriwayatkan oleh Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3385 ) , Imam Ahmad rh ( Musnad Al-Mukstirin Minas Sohabah : 3433 ) & Imam Ibnu Majah ( Kitab At-Tib : 3521 ).

[b] 3 – Jampi-jampian yang dibenarkan di dalam Islam ialah sebagaimana sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Úóäú ÚóæúÝö ÇÈúäö ãóÇáößò ÇáúÃóÔúÌóÚöíøö ÞóÇáó ßõäøóÇ äóÑúÞöí Ýöí ÇáúÌóÇåöáöíøóÉö ÝóÞõáúäóÇ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ßóíúÝó ÊóÑóì Ýöí Ðóáößó ÝóÞóÇáó ÇÚúÑöÖõæÇ Úóáóíøó ÑõÞóÇßõãú áóÇ ÈóÃúÓó ÈöÇáÑøõÞóì ãóÇ áóãú íóßõäú Ýöíåö ÔöÑúßñ

Ertinya : Daripada ‘Auf Bin Malik Al-Ashja’ie , beliau berkata : “ Kami semasa zaman jahiliyyah dahulu biasa melakukan jampi-mentera , lalu kami bertanya kepada Baginda s.a.w : Wahai Rasulullah ! Apakah pendapat tuan di dalam masalah ini ? . Maka Baginda s.a.w pun bersabda : Perlihatkan kepadaku jampi-menteramu itu, maka selagi ianya tidak mengandungi syirik , maka tidaklah mengapa ! “. ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh ( Kitab As-Salam : 4079 ) & Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3388 ).

Prof . Dr. Yusuf Al-Qaradhawie (ha) menyatakan bahawa sesuatu jampi itu HARUS dilakukan apabila memenuhi syarat-syarat berikut :

1 – Ianya mestilah didasarkan kepada Allah Ta’ala dan nama-nama-Nya.

2 – Ianya mestilah dituturkan di dalam bahasa Arab dan bahasa-bahasa yang difahami maknanya.

3 – Hendaklah beriktiqad bahawa jampi itu tidaklah mendatangkan kesan dengan sendirinya , tetapi semuanya dengan taqdir ( kehendak ) Allah Ta’ala.

Keharusan berhampi secara syar’ie ( mengikut panduan syariat Islam ) ini ditegaskan lagi dengan sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w yang menjelaskan bahawa Malaikat Jibril a.s sendiri pernah menjampi Baginda Rasulullah s.a.w :

Úóäú ÃóÈöí ÓóÚöíÏò Ãóäøó ÌöÈúÑöíáó ÃóÊóì ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÞóÇáó íóÇ ãõÍóãøóÏõ ÇÔúÊóßóíúÊó ÝóÞóÇáó äóÚóãú ÞóÇáó ÈöÇÓúãö Çááøóåö ÃóÑúÞöíßó ãöäú ßõáøö ÔóíúÁò íõÄúÐöíßó ãöäú ÔóÑøö ßõáøö äóÝúÓò Ãóæú Úóíúäö ÍóÇÓöÏò Çááøóåõ íóÔúÝöíßó ÈöÇÓúãö Çááøóåö ÃóÑúÞöíßó

Daripada Abi Sa’id , beliau menceritakan : Malaikat Jibril pernah mendatangi Baginda Nabi s.a.w lalu bertanya : “ Wahai Muhammad ! Adakah dikau sakit ? “. Lalu dijawab oleh Baginda s.a.w : “ Ya ! “ . Lalu Jibril pun membaca : “ BISMILLAHI ARQIKA MIN KULLI SYAIIN YU’DZIKA , MIN KULLI NAFSIN AU ‘AININ HASIDIN , ALLAHU YASHFIKA , BISMILLAHI ARQIKA “ ~ Ertinya : Dengan Nama Allah , aku menjampimu daripada segala sesuatu yang boleh menyakitimu , dan daripada kejahatan semua diri ataupun mata yang dengki. Allah akan menyembuhkanmu . Dengan Nama Allah , aku menjampimu. ~ Hadis Sahih riwayat Imam Muslim (rh) – Kitab As-Salam : 4056.

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah menegaskan lagi mengenai KEHARUSAN BERJAMPI SECARA SYAR’IE ini dengan sabdanya :

ÞóÇáó ÃóÈõæ ÇáÒøõÈóíúÑö æóÓóãöÚúÊõ ÌóÇÈöÑó Èúäó ÚóÈúÏö Çááøóåö íóÞõæáõ áóÏóÛóÊú ÑóÌõáðÇ ãöäøóÇ ÚóÞúÑóÈñ æóäóÍúäõ ÌõáõæÓñ ãóÚó ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÞóÇáó ÑóÌõáñ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÃóÑúÞöí ÞóÇáó ãóäö ÇÓúÊóØóÇÚó ãöäúßõãú Ãóäú íóäúÝóÚó ÃóÎóÇåõ ÝóáúíóÝúÚóáú

Ertinya : Telah berkata Abu Zubair , aku pernah mendengar Jabir Bin Abdullah berkata : “ seorang lelaki daripada kalangan kami telah disengat kala jengking dan walhal ketika itu kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w . Maka berkatalah seorang lelaki : Wahai Rasulullah ! Bolehkan saya menjampinya ? . Maka baginda s.a.w pun bersabda : Sesiapa sahaja di kalangan kamu semua yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah dia melakukannya ! “. ~ Hadis Sahih riwayat Imam Muslim rh di dalam Sahihnya , Kitab As-Salam : 4076 .

MASALAH :

Adapun berjampi di dalam bahasa Arab yang tidak diketahui asal-usulnya , ataupun ianya seakan-akan bahasa Arab dan ianya tidak pula difahami maka ianya adalah HARAM kerana dikhuatiri ianya dicampur-adukkan dengan perkataan-perkataan yang boleh membawa kepada syirik . Begitulah juga apabila ayat-ayat Al-Quran dicampur-adukkan dengan bukan ayat-ayat Al-Quran sehingga tidak diketahui yang mana satukah ayat-ayat Al-Quran ( contohnya ayat-ayat Al-Quran diputus-putuskan dan diselit-selitkan dengan bahasa Jawa ataupun Siam yang boleh mengelirukan).

Contohnya : ÃÃà ã 111 5 3 Çááå áÇ Åáå ÅáÇ åæ ÇáÍí ÇáÞíæã

Contoh lain : ÇáÕáÇÚ

Contoh lain lagi : Jampi yang berbunyi : “ Bikana , Makna , Nabi Yakun , Numa Yakun , Akulah sebenar-benarnya Zat Allah ! “ ~ Semua perkataan-perkataan yang berbunyi Arab itu tidaklah diketahui asal-usulnya di dalam Bahasa Arab Asli ( Bahasa Al-Quran ) . Manakala “ Nabi Yakun “ juga tidak tercatat namanya di dalam senarai Para Nabi a.s . Dan ayat yang berbunyi : “ Akulah sebenar-benarnya Zat Allah “ adalah satu ayat yang boleh membawa kepada kufur , syirik dan murtad kerana mengakui diri sebagai Tuhan !.

4 – Bentuk – bentuk azimat adalah seperti berikut :

- Menjampi batu cincin , rantai , baju , keris , senjata tradisional , minyak dan sebagainya untuk dijadikan pelindung diri seperti ilmu kebal , ilmu pengasih dan sebagainya.

- Membungkus tulisan-tulisan tertentu ataupun rajah-rajah mahupun objek-objek tertentu dengan kain kuning ( sebagai contohnya ) untuk dijadikan tangkal-azimat.

- Menjampi tulisan-tulisan yang tidak diketahui maknanya ( seperti mana penjelasan di atas ).

- Berjampi dan berazimat dengan kata-kata yang dicampur-adukkan dengan kata-kata sihir dan kufur , yang tidak pula diketahu maknanya ( lihat contoh di atas ).

5 – MASALAH : Benarkah boleh berjampi dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis ? Tidakkah orang yang berjampi dengan kedua-duanya itu , paling tidak pun dia akan mempercayai seolah-olah ayat-ayat Al-Quran & Hadis itu sendiri mempunyai kuasa selain daripada kuasa Allah Ta’ala ? . Bukankah ini juga boleh menyebabkan syirik ?.

Jawapan Saya : Cuba lihat pada orang yang memakan panadol / paracematol untuk meghilangkan pening kepalanya , tidakkah dia juga percaya yang panadol itu mempunyai kuasa ( khasiat ) untuk menghilangkan pening-kepalanya ?. Kalau dia tidak percaya akan khasiatnya (kuasa panadol itu ) , maka mengapa pula dia mengambilnya sebagai ubat ?. Adakah boleh secara totok dan semberono kita menuduh orang yang sedemikian itu telah melakukan syirik kepada Allah Ta’ala !?.

Saya tidak fikir ada umat Islam yang waras , lagi pernah mendapat pengajian Tauhid ( walaupun tidak setinggi mana ) yang percaya bahawa panadol mempunyai kuasa sama seperti kuasa Allah Ta’ala ( Allah Ta’ala Yang Maha Memberi Manfaat Dan Mudharat Secara Mutlak @ Total ! ) . Kerana , mereka hanyalah mempercayai bahawa panadol itu adalah sebab-musabab ( cause & effect ) untuk menghilangkan & mengurangkan sakit yang dideritai oleh mereka . Tidaklah salah kepercayaan seperti itu !.

Samalah juga orang yang percaya bahawa dengan memakan ginseng ataupun tongkat Ali , seseorang itu akan bertambah tenaganya .

Samalah juga dengan seorang wanita yang baru bersalin , yang menggunakan air gamat , minyak gamat dan buah manjakani dengan kepercayaan itu semua boleh memberikan manfaat iaitu , untuk mempercepatkan proses penyembuhannya.

Maka begitulah juga dengan mereka yang berjampi secara syar’ie , khasnya dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran Al-Karim dan Hadis-Hadis yang ma’tsur ( datang daripada Nabi s.a.w ) . Tidak ada seorang pun orang Islam , yang waras akalnya , yang pernah memperlajari Tauhid ( walaupun tidaklah setinggi mana ) yang beriman bahawa ada satu kuasa khas yang lain daripada kuasa Allah Ta’ala yang dimiliki oleh ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis itu . Saya yakin , mereka itu semua berjampi dengan ayat-ayat suci tersebut kerana percaya bahawa itu adalah ikhtiar yang dibenarkan oleh Allah Ta’ala , kerana setiap penyakit ada ubatnya ( kecuali MATI ) dan berjampi , adalah salah-satu daripada usaha untuk mengubati penyakit-penyakit tertentu.

Dan , kalaulah benar berjampi-jampi dengan ayat-ayat suci itu pun HARAM SAMA-SEKALI , sudah tentu ianya tidak pernah ditunnjukkan contohnya oleh Baginda Rasulullah s.a.w itu sendiri , kerana Baginda s.a.a itu adalah MAHAGURU BAGI GOLONGAN TAUHID YANG ANTI 100 % KEPADA SYIRIK , TAKHYUL & KHURAFAT !!!.

Perkara yang PALING PENTING & MESTI DIKETAHUI LAGI DIIMANI OLEH SETIAP MUSLIM ialah : Allah Ta’ala sahajalah yang bersifat AN-NAFIE’ ) ÇáäÇÝÚ ) – Yang Maha Memberi Manfaat Secara Mutlak dan Dia jugalah AD-DHOR ( ÇáÖÇÑ ) – Yang Maha Memberi Mudharat Secara Total !!!.

6 – MASALAH MEMBAKAR KEMENYAN & MANDI LIMAU :

Kita tidak boleh terus menuduh secara totok bahawa kedua-dua perbuatan tersebut adalah SYIRIK SEMATA-MATA , tanpa kita mengkaji ( bertanyakan ) si pembuatnya apakah tujuannya berbuat demikian ? . Ini demi mengelakkan “ Fitnah At-Takfir “ ( Bahana Kafir-mengkafir Sesama Umat Islam ) daripada berlaku !.

Ada yang membakar kemenyan untuk memanggil khadam , rijalul ghaib , jin dan syaitan ataupun memanggil roh-roh tertentu ~ Ini sudah tidak syak lagi adalah perbuatan SYIRIK !. Syirik kerana sudah tentu tujuannya memanggil adalah untuk meminta pertolongan ghaib daripada makhluk-makhluk itu .

Ada juga yang membakar kemenyan untuk mewangikan rumahnya – contohnya dengan menggunakan kemenyan khas yang dipanggil sebagai “ Kemenyan Mekkah “.

Ada juga yang menggunakan kemenyan dengan bahan-bahan tertentu untuk mengasap keris– bahan tertentu itu seperti racun “ Getah Ipoh “ – Ini bertujuan untuk bertambah bisanya keris itu . Gandingan mata keris yang bagus dan racun yang diletakkan padanya mampu menamatkan riwayat musuh-musuhnya dengan cepat . Ini biasanya dipraktikkan di zaman-zaman dahulu.

Begitulah juga , ada yang memandi limau ataupun “ mandi bunga “ dengan tujuan untuk menolak bala . Bala apa ? . Kalau dia percaya mandi bunga ataupun mandi limau itu sendiri ada kuasa khas , seperti kuasa Allah Ta’ala Yang Dialah semata-mata Yang Maha Mampu Menolak segala Jenis Mudharat dan Bala , maka sudah tidak syak lagi , kepercayaan ini boleh menjerumuskan seseorang itu kepada syirik !.

Tapi kalau sekadar mandi limau ataupun mandi bunga , untuk mendapatkan tenaga-tenaganya ataupun khasiat-khasiatnya , termasuklah membuang beberapa jenis penyakit yang berada di dalam tubuh badan seseorang , maka perkara ini TIDAKLAH DAPAT DIKATAKAN IANYA SEBAGAI PERBUATAN YANG SYIRIK !.

Penemuan Sains Perubatan Moden sendiri telah membuktikan bahawa , memang ada beberapa jenis penyakit yang hanya boleh diubati dengan menggunakan kaedah “ Mandi Bunga “ ini disebabkan setiap bunga @ tumbuh-tumbuhan yang digunakan itu , ada khasihatnya tersendiri . ~ Lihat Fakta-Fakta perubatan Kaedah Perubatan Aura Terapi warna ( Colour Vibration Therapy ) yang diasaskan oleh Dr. Norhisham Wahab .
http://www.harmonisers.net/

Bukan semua penyakit boleh diubati dengan kaedah / mazhab / aliran Allophaty , bahkan sering juga sesuatu penyakit itu dirujuk kepada pakar-pakar herbalogy ( termasuklah tabib-tabib tradisional ) , sinseh Cina , Ayurvedic India , Homoephaty , Colour Therapy dan sebagainya . Yang penting , berubatlah , kerana berubat itu sendiri boleh mendatangkan faedah yang besar kepada kita , termasuklah memperolehi pahala . Akan tetapi jangan sampai lupa pegangan Tauhid kita dan jangan sampai terjebak ke dalam perubatan-perubatan yang berbau bid’ah , khurafat , takhyul dan syirik ~ Na’udzubilLahi Min Dzalik !.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1 - SJ - 1745 : BERUBAT DENGAN JIN MUSLIM :
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7673&page=16&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
2 - KESESATAN DI DALAM PERBOMOHAN : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/bomoh.htm
3 - FAKTOR-FAKTOR AJARAN SESAT : http://www.islam.gov.my/ppi/faktorasesat.html
4 – GARIS PANDUAN BERSILAT MENURUT ISLAM : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/silat.htm
5- GARIS PANDUAN KHURAFAT DAN AZIMAT: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/khurafat.htm
6- FATAWA MU’ASIROH 1 – ‘Allamah Al-Qaradhawie ( ms 189 )
7- AHSANUL KALAM 2 – ‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ms 62 )
8- http://www.harmonisers.net/vibration/rujukan/hideroterapi.html

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

12 / Sya’aban / 1423 H
19 / OKtober / 2002 M

Sabtu – Bandaraya Kaherah