SJ-1915: Tanda besar Kiamat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1915: Tanda besar Kiamat

Assalamualikum Wmt Wkt.

1.Adakah kufur orang yang tak percaya tanda-tanda besar hari kiamat?
2.Minta panelist jelaskan maksud asap tebal keluar sebagai salah satu tanda besar kiamat.

Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1915: Tanda besar Kiamat


JWB:

1. Jatuh kufur ialah bila si fulan mengingkari Qiamat. Tetapi orang yg mengingkari tanda2 besar Qiamat itu tidaklah jatuh kufur cuma kita kena mengkaji atas dasar apa dia tidak mempercayainya. Jumhur fuqaha' ahli Sunnah mempercayai tanda2 Qiamat baik besar atau kecil jika ia dibawa oleh dalil yg sahih dan mutawatir. Aliran Imam Abduh dan Imam Rashid Ridha menolak sebahagian besar tanda2 Qiamat ini kerana hadis2nya yg bersimpang siur, mengelirukan dan tidak memberi kesan pada jiwa manusia. Dalam hal ini aliran jumhur (majoriti) lebih rajih (patut diikuti) kerana kebanyakan dalil2 tanda besar Qiamat itu hasan sahih dan mutawatir. Ingkar kepada hadis sahih dan mutawatir boleh menjadi fasik, seorang yg angkuh atau bodoh (jika ia menolak sewenang-wenangnya). Seorang ilmuan yg berkemampuan tinggi spt Imam Ridha ada hujah yg tersendiri dan kita hormati kajian dan pendapat beliau dan beliau tidaklah termasuk dalam kategori fasik, angkuh atau bodoh (Dr Qardhawi, Kaifa nata'amalu ma'a Sunnah; Fatawa Mu'asirat; Albani, Maqalat Albani ila Imam Ridha)
2. Keluarnya Dukhan (Asap tebal) memenuhi langit dan bumi sebagai tanda Kubra Kiamat itu adalah hadis sahih dalam riwayat Muslim dari Hudzaifah bin Asid al Ghifari ra. Apabila mentakweelnya, ilmuan Islam berpecah dua kem:
kem Ibn Mas'ood, Mujahid dan sahabat2nya dan menjadi pilihan Ibn Jarir attabary bahawa Dukhan (asap) itu sudah berlaku sebagaimana turunnya surah adDukhan, asap yg menimpa Kaum Quraisy sebagai bala terhadap mereka.
Kem Jumhur (majoriti ASWJ) berpegang dgn takwilan Ibn Abbas dan Imam Ali (keduanya raa) bahawa Dukhan itu tanda besar Kiamat, bila ia keluar, maka Kiamat amat dekat sekali.
(Syarah sahih Muslim lil Nawawi) Wallahu a'alam