SJ - 1932 : HUKUM BERSUNAT BAGI BAYI PEREMPUAN ?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1932 : HUKUM BERSUNAT BAGI BAYI PEREMPUAN ?

Assalamualaikum,

Di sini saya ingin meminta penjelasan daripada pihak al-ahkam tentang hukum berkhatan bagi bayi perempuan yang telah menjadi amalan bagi masyarakat melayu di malaysia.

Sekian Terima Kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1932 : HUKUM BERSUNAT BAGI BAYI PEREMPUAN ?

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudari tersebut . Alhamdulillah , berikut ini adalah jawapan-jawapannya :

APAKAH “ KHITAN “ ITU ? :

Bersunat = Berkhatan = Khitan ( ÎÊÇä ) = Circumcision

Khitan ertinya memotong . Mengikut istilah Ilmu Fiqh , khitan ialah memotong kulit ( Qulfah @ Qalafah / ÞáÝÉ ) yang menutupi kepala zakar ( Hasyafah / ÍÔÝÉ) seseorang lelaki . Manakala bagi seorang wanita pula , khitan ialah dengan cara memotong sedikit daging di hujung kelintit (äæÇÉ @ ÈÙÑ / Clitoris ) , yang berada di sebelah atas lubang farajnya ( vagina) . Proses khitan bagi seseorang wanita dikenali di dalam istilah Fiqh sebagai “ Al-Khifadh : ÇáÎÝÇÖ “
.

SEJARAH RINGKAS MENGENAI KHITAN :

Ianya merupakan tradisi yang telah lama dilaksanakan semenjak sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w lagi . Menurut beberapa catatan sejarah dunia , ada pendapat yag mengatakan ianya berlaku semenjak zaman Baginda Nabi Ibrahim a.s lagi . Dan ada pula yang mengatakan ianya merupakan tradisi masyarakat Arab sebelum Islam lagi , dan tok mudim yang terkenal di era-sebelum Islam itu bernama “ Ummu Anmar “ ~ sebagaimana menurut catatan Imam Al-Bukhari (rh) di dalam sahihnya . Tradisi ini terus terlaksana apabila datangnya Baginda Rasulullah s.a.w dan diakui pula oleh Islam sebagai salah-satu tuntutan agama .

HUKUM MENGENAI KHITAN :

Tuntutan mengenai khitan ini jelas disebutkan sendiri oleh Baginda Rasulullah s.a.w melalui hadisnya :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÇáúÝöØúÑóÉõ ÎóãúÓñ Ãóæú ÎóãúÓñ ãöäó ÇáúÝöØúÑóÉö ÇáúÎöÊóÇäõ æóÇáöÇÓúÊöÍúÏóÇÏõ æóÊóÞúáöíãõ ÇáúÃóÙúÝóÇÑö æóäóÊúÝõ ÇáúÅöÈöØö æóÞóÕøõ ÇáÔøóÇÑöÈö

Ertinya : Dari Abu Hurairah r.a tatkala beliau meriwayatkan hadis mengenai 5 tuntutan fitrah iaitu : (1)- Bersunat (khitan) , (2)- Menucukur @ Membuang bulu-bulu di sekitar kemaluan , (3)- Mengerat kuku , (4)- Mencabut @ Membuang bulu-bulu ketiak , dan (5) – Mengerat @ Mengemaskan misai ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari rh & Imam Muslim rh .

Khitan ini merupakan salah-satu daripada “ Sunan Al-Fitrah “ ( Tuntutan Fitrah Semulajadi Seseorang Manusia ) , samalah dengan tuntutan bersugi ( memberus gigi ) , memotong kuku , memotong bulu di bahagian kemaluan & ketiak , mengemaskan misai, memelihara janggut, beristinjak ( membersihkan kemaluan daripada kekotoran najis ) , anggota-anggota pelipat di tubuh badan kita ( sendi-sendi ) dan memelihara rambut . ~ Lihat : USUL MU’ASYARAH AZ-ZAUJIYAH , ms207 , oleh Syeikh Muhd Ahmad Kan’an . Terbitan : Darul Basyair Al-Islamiah , Beirut.

Akan tetapi ulama’ telah berbeza pendapat mengenai TUNTUTAN itu , adakah ianya bermakna wajib ataupun sunat ? . Dan berikut ini adalah beberapa pandangan ulama’ dan dalil-dalil bagi setiap pandangan mereka :

MAZHAB IMAM ASY-SYAFI’E (RH) & MAJORITI ULAMA ‘ :

- Ianya adalah wajib bagi lelaki , mahupun perempuan yang beragama Islam .

- Dalilnya ialah Firman Allah Ta’ala yang mewajibkan umat Islam mengikuti contoh-teladan daripada Datuk Para Nabi a.s , iaitu Baginda Nabi Ibrahim a.s :

Ëõãøó ÃóæúÍóíúäóÇ Åöáóíúßó Ãóäö ÇÊøóÈöÚú ãöáøóÉó ÅöÈúÑóÇåöíãó ÍóäöíÝðÇ æóãóÇ ßóÇäó ãöäó ÇáúãõÔúÑößöíäó

Ertinya : “ Kemudian Kami wahyukan kepada engkau (hendaklah) engkau mengikuti agama Ibrahim yang lurus , dan tidaklah dia ( Ibrahim ) itu daripada golongan musyrikin “ ~ Surah An-Nahl , Ayat 127 .

- Dalil daripada Hadis Rasulullah s.a.w pula ialah perintahnya kepada mereka yang baru memeluk Islam dengan sabdanya :

ÃóáúÞö Úóäúßó ÔóÚúÑó ÇáúßõÝúÑö æóÇÎúÊóÊöäú

Ertinya : “ Buangkanlah rambutmu ( yang menjadi tanda kekafiranmu sebelum ini ) dan berkhitanlah ( bersunatlah ) “ ~ Hadis Sahih riwayat Imam Abu Daud rh di dalam sanadnya : Kitab At-Toharah : 352 & Musnad Imam Ahmad Bin Hanbal rh : Musnad Al-Makkiyin : 15 , 370 .

MAZHAB IMAM ABU HANIFAH (RH) & IMAM MALIK (RH ) :

- Khitan adalah SUNAT , sama ada bagi lelaki ataupun perempuan yang beragama Islam

- Dalil mereka ialah Hadis Rasulullah s.a.w :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÇáúÝöØúÑóÉõ ÎóãúÓñ Ãóæú ÎóãúÓñ ãöäó ÇáúÝöØúÑóÉö ÇáúÎöÊóÇäõ æóÇáöÇÓúÊöÍúÏóÇÏõ æóÊóÞúáöíãõ ÇáúÃóÙúÝóÇÑö æóäóÊúÝõ ÇáúÅöÈöØö æóÞóÕøõ ÇáÔøóÇÑöÈö

Ertinya : Dari Abu Hurairah r.a tatkala beliau meriwayatkan hadis mengenai 5 tuntutan fitrah iaitu : (1)- Bersunat (khitan) , (2)- Menucukur @ Membuang bulu-bulu di sekitar kemaluan , (3)- Mengerat kuku , (4)- Mencabut @ Membuang bulu-bulu ketiak , dan (5) – Mengerat @ Mengemaskan misai ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari rh & Imam Muslim rh .

- Jadi , jika mengerat kuku dan mengemaskan misai adalah sunat , maka hukum khitan pun begitu juga , disebabkan khitan disebut di dalam hadis di atas bersama-sama dengan tuntutan fitrah yang selainnya.

MAZHAB IMAM AHMAD BIN HANBAL (RH) :

- Berkhitan ialah wajib ke atas lelaki muslim dan sunat serta merupakan satu kemuliaan bagi wanita muslimah .

PANDANGAN KAMI DI DALAM MASALAH INI :

- Setelah meneliti hujah-hujah daripada setiap pihak , maka kami lebih cenderung kepada Mazhab Imam Asy-Syafi’e (rh) di dalam masalah ini iaitu : BERKHITAN ADALAH WAJIB KE ATAS SETIAP LELAKI DAN WANITA YANG BERAGAMA ISLAM .

- Alasannya adalah sebagai mana di atas , tambahan pula jika kita melihat kepada perkembangan zaman mutakhir kini ( moden ) , sudah ramai pakar-pakar perubatan , sama ada mereka itu muslim ataupun tidak , yang mengakui akan kelebihannya . Hatta sudah ramai di negara-negara Barat , orang-orang yang meminta daripada pihak hospital agar mereka disunatkan ( khitan ) ~ teknologi zaman moden di negara Barat telah menyediakan perkhidmatan bersunat dengan menggunakan mesin ala-laser .

- Selain itu , dengan era-perkembangan teknologi masa kini , media-massa dan pengaruh-pengaruh seks sudah terbuka dengan seluas-luasnya , yang menyumbang kepada gejala sosial , khasnya gejala seks bebas , khasnya di kalangan muda-mudi. Dan ini satu perkara yang tidak dapat dinafikan lagi merupakan salah-satu perancangan Barat untuk memusnahkan umat Islam dengan menyebar-luaskan gejala-gejala sosial , khasnya dengan mengamalkan seks bebas .

- Pakar perubatan pula , kebanyakan mereka bersetuju bahawa salah-satu cara untuk mengurangkan kecenderungan seks yang melampaui batas ( gejala seks bebas ) ialah dengan melakukan khitan iaitu dengan memotong kulit zakar yang menutupi kepala zakar seseorang lelaki dan dengan mengguris sedikit / menoreh sedikit di bahagian hujung kelintit seseorang wanita .

- Dunia hari ini juga menyaksikan bahawa negara-negara umat Islam yang bersunat ini bukanlah “ jaguh di dalam dunia seks bebas “ , sebaliknya mereka yang tidak bersunat ini pula yang banyak terlibat di dalam jenayah ini .

- Lantaran itu , untuk menjaga akhlak muda-mudi , khasnya umat Islam daripada gejala-gejala buruk ini , maka kita amatlah bersetuju dengan pandangan Al-Imam Asy-Syafi’e (rh) yang mewajibkan lelaki dan perempuan yang beragama Islam agar berkhitan .

[=blue] PENENTANGAN DUNIA BARAT TERHADAP ISU KHITAN WANITA :[b] [=blue]

Terdapat juga pihak-pihak tertentu , khasnya Barat dan mereka yang terpengaruh dengannya yang menentang perlaksanaan khitan ke atas golongan wanita . Golongan ini konon-kononnya menamakan diri mereka sebagai [b] “ Gerakan Pembebasan Wanita “ ( Womens Liberation – ÍÑßÉ ÊÍÑíÑ ÇáãÑÃÉ ) , walhal mereka sebenarnya adalah kesinambungan agenda musuh-musuh Islam , khasnya pihak Yahudi yang berselindung di sebalik UNESCO dan PBB ( U.N ) , untuk memporak-perandakan umat Islam .

Gerakan Pembebasan Wanita ini cuba menghalang perlaksanaan khitan ke atas muslimah , sebagai mana yang mereka bicarakan di dalam Persidangan Kependudukan 1994 di Kaherah . Samalah sebagai mana sebelum ini , mereka telah cuba untuk memansuhkan syariat Talaq dan Poligami bagi seseorang suami yang beragama Islam .

Selain itu diupah juga beberapa orang pakar-pakar perubatan ( konon-kononnya ) yang menyatakan bahawa khitan bagi pihak wanita adalah merbahayakan , walhal ianya sebenarnya telah diakui kelebihannya oleh majoriti pakar-pakar perubatan dunia , samada yang beragama Islam ataupun tidak , dan ianya juga telah diamalkan semenjak beribu-ribu tahun yang lalu , tanpa ada sebarang laporan perubatan yang boleh dipercayai bahawa khitan bagi wanita itu benar-benar boleh membahayakan mereka !!!.

Bagi kita , perjuangan Gerakan Pembebasan Wanita ini , selain ianya merupakan tali-barut Yahudi di dalam meneruskan agenda-agenda mereka , ia juga adalah penerus kepada Kristianisasi yang ditaja oleh St. Paul ( pengasas ajaran Kristian moden ) , yang mana khitan ini juga asalnya turut diakui di dalam Bible ( Kejadian @ Genesis @ ÓÝÑ ÇáÊßæíä ~ Fasal 17 , Ayat 13-14 ) , akan tetapi ianya telah dimansuhkan oleh St. Paul hingga melahirkan tentangan yang keras daripada pendita-pendita yang lain , khasnya Barnaba ( lihat sebab penentangan Barnaba ke atas St. Paul di dalam Mukaddimah Injil Barnaba – The Gospel Of Barnabas ) . Akhirnya , penentangan daripada Yahudi dan Kristian ini telah dijelmakan di dalam satu fahaman moden yang dinamakan sebagai “ Sekularisme “ .

Sebagai mana telah dijelaskan , masalah khitan wanita ini hanya mempunyai dua hukum , sama ada ianya wajib ataupun sunat . Maka adakah patut adanya pihak-pihak tertentu yang cuba menentang syariat Islam di dalam sesebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya !!?? . Kalau begitu , di manakah “ Kebebasan Beragama “ yang dilaung-laungkan selama ini !!?? .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN

1 – FATAWA WA AHKAM LIL MARAH MUSLIMAH – ‘Allamah Syeikh Atiah Saqr
ms 255 , Terbitan : Maktabah Wahbah , Kaherah .

2 – YAS ALUNAKA FID DIN WAL HAYAH ~ ‘Allamah Dr . Ahmad As-Syarbasi
Jilid 2 , ms 29 , Terbitan : Darul Jil , Beirut .

3 – ‘AUNIL MA’ABUD : SYARAH SUNAN ABU DAUD RH ~ Imam Abadi & Ibnul Qaiyim Al-Jauziyah
Jilid 2 , ms 18 . Terbitan : Darul Fikr , Beirut .

4 – MUSNAD IMAM AHMAD BIN HANBAL RH ~ Komentar Oleh Syeikh Hamzah Ahmad Zain
Jilid 12 , ms 174 , Terbitan : Darul Hadis , Kaherah .

5 –AL-MU’UJAM AL-MUFAHRAS LI ALFADZIL HADIS AN-NABAWI ~ Oleh Orientalis Barat
Jilid 2 , ms 11 . Terbitan : Belanda ( 1943 ) .

6 - http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=11598

7 - http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=40379

8 – KAMUS PENGETAHUAN ISLAM ~ Datuk Hj Dasuki Ahmad ( YADIM : 1976 ) .

9 – USUL MU’ASYARAH AZ-ZAUJIAH ~ Syeikh Ahmad Kan’an .

10 - Penerangan Lisan Oleh Syeikh Solleh Hamdi As-Sisi (M.A – Hadis , Universiti al-Azhar ) .

11 - MAUSU’AH AL-HADIST SYARIF ~ Sakhr Software Co. Egypt.

12 – COMBAT KIT : AGAINTS BIBLE THUMPERS ~ ‘Allamah Syeikh Ahmed Deedat
Terbitan : Darul Manarah , El-Mansoura , Egypt .

13 – TERJEMAH INJIL BARNABAS – Oleh Rahnip M. BA ( PT Bina Ilmu , Surabaya ) .

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

24 / Sya’aban / 1423 H
31 / Oktober / 2002 M

Khamis – Bandaraya Kaherah

[b] [=blue]Pendekar[b] [=blue] ®
http://al-ahkam.com.my/forum