SJ-1957: [U] Menyentuh AQ tanpa Wudhu'

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1957: [U] Menyentuh AQ tanpa Wudhu'

Assalamualaikum:

Diharapkan pihak Ahkam online dapat memperjelaskan masalah yang berkaitan dengan perkara di atas dan pendapat yang paling rajih. WASSALAM

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1957: [U] Menyentuh AQ tanpa Wudhu'


Jwb:
Pendapat yg rajih ialah harus menyentuh, membaca dan membawa musyhaf tanpa wudhu'. Adapun dalil yg melarangnya ialah: maksud umum alQur'an dari surah al Waqi'ah: 29 (Tidak menyentuhnya kecuali orang2 yg suci) . Ahli hadis tersohor abad ini, Syaykh Nasiruddin Albani (Tamamul Minnah) menetapkan orang2 yg suci itu ialah orang Islam semuanya kerana menganut akidah Islam itu bermaksud mereka adalah orang2 yg suci. Tidak logik jika ada larangan menyentuh musyhaf di masa Nabi saw kerana musyhaf itu belum ujud melainkan di masa Uthman, itupun ia cuma disalin dalam edisi terhad dan alQur'an di masa itu hanya berada dalam hafalan sahabat saja. Maka jika ada ulama' yg menyandarkan kepada mana-mana hadis, ia tidak sah sebab musyhaf belum ada. (Juga dalam Fatawa Medinah alMunawarrah, Bab 6 no 1) WaLlahu a'alam