SJ-1964: [U] Zikir selepas solat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1964: [U] Zikir selepas solat

Assalamualaikum,

Lantaran zikir secara seorg adalah sunnah dan secara ramai berimam tiada nas/dalil yang mengatakan kelebihannya atas berseorg.

Adakah nas/dalil yang mentidakapakan zikir beramai seperti selepas solat atau ia sememangnya dikategorikan dalam bidaah baik.

dan adakah lebih afdal jika selepas selesai solat jamaah saya duduk tunggu sebentar hormat imam dan jema'ah kemudian bangun dan mengejarkan solat sunat, zikir dan doa sendirian sedang imam berzikir dan berdoa secara ramai.
JKK

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1964: [U] Zikir selepas solat


Jwb:
1. Perbuatan berzikir secara kolektif selepas solat itu memang disahkan perbuatan bid'ah oleh jumhur Imam muhaqqeqeen, antaranya Imam alHafeedz Ibn Qayyim (Zaad alMa'ad 1/66), Imam Muhd Rasyid Ridha (alFatawaa 4/1358), Imam asySyatibi Granada (al_I'tisyom 1/352), Asqalani, Fathul Bari 2/326 dan kitab Sunan wal Mubtadi'at , 70.
2. Dalam urusan ibadah tidak ada apa yg diistilahkan bid'ah yg baik, semua bid'ah dalam agama adalah tercela. Bid'ah yg baik itu sebenarnya maslahat dalam kehidupan harian merupakan inovasi yg diharuskan malah digalakkan (Dr Qardhawi, Sunnah wal Bid'ah)
3. Apabila anda bertembung dgn realiti setempat yg mengamalkan bid'ah jenis ini, anda hendaklah bersabar kerana untuk merubah ahli bid'ah anda perlu memiliki kuasa, atau kewibawaan menyibarkan ilmu agama yg sahih atau secara gerakan Islam atau jama'ah atau jika anda tidak ada kuasa dan pengaruh atau bukan ahli ilmu atau tidak terlibat dgn jama'ah Islam, tolaklah dgn jiwa terlebih dahulu (uzlah batin). WaLlahu a'alam