SJ-2006: Masalah Saf lagi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2006: Masalah Saf lagi

Assalamu'alaikum Ustaz & Ahli Panel,

Moga tidak terlewat bagi saya mengucapkan Selamat Menyambut & Menyempurnakan Ramadhan Al-Mubarak dan moga dapat kita sama2 beroleh segala keberkatanNya. InsyaAllah.

Terima kasih kerana memberi jawapan pada soalan yang lalu. Berkaitan dgn masalah Saf lagi. Alhamdulillah, ramai yg mengunjungi masjid utk bersolat jemaah & bertarawikh, hinggakan ada yg bawa baby yang masih kecil. Sesuatu yg belum pernah saya tengok di tempat2 lain sblm ini.

Namun, ada yg menimbulkan keraguan di hati saya. Saf seolah2 terbahagi dua di bahagian perempuan. Satu saf macam biasa dibelakang tabir. Dan satu saf lagi dibelakang sekali hingga ada ruang terlalu luas antara saf yang pertama & saf yang kedua. (boleh dianggarkan utk 8-10 baris saf lagi)

Saf kedua pula, bagai berkelompok2... ditengah satu saf.. ditepi satu saf & dibelakang satu saf. Setakat utk kanak2 atau yg bawa anak kecil.. mungkin boleh diterima. Namun kelebihan duduk di saf kedua ini, lebih sejuk berbanding dgn yg saf yang pertama. Dan yang lebih2 lagi, bacaan imam lebih jelas kerana "speaker" yg dekat dgn makmum.

Buat masa ini, saya masih tetap di kumpulan saf yang pertama. Namun sesekali timbul keinginan utk berada di saf kedua yg mana bacaan imam terlalu jelas. Saya ingin mendapatkan pandangan ahli panel sekelian berkenaan hal ini. Dari segi sahnya solat &yg mana lebih afdal.

Sejak dari mula memang saya ingin bersolat di kelompok kedua kerana bacaan imam lebih jelas kedengaran. Tetapi kerana tak berapa pasti, saya tetap berada di saf seperti lazimnya.

Harap dapat membantu. Terima Kasih.

Wassalam

Re: SJ-2006: Masalah Saf lagi


Ramadhan almubarak juga kepada anda.

1. Perihal membawa anak-anak kecil ke mesjid semasa bulan Ramadhan tidak ada tegahan asalkan anak kecil itu tidak mengganggu keharmonian atau suasana solat. Dalilnya: ada hadis2, misalnya dalam Musnad Imam Syafi'iy dari Abu Qatadah ra, bahawa Nabi saw pernah solat dalam keadaan mendukung anak Zaynab.

2. Adapun susunan saf kaum wanita mesjid spt yg sebutkan itu terasa ganjil sekali. Seolah-olah tidak ada siapa yg tahu apa yg berlaku di belakang tabir wanita. Sepatutnya mesjid yg asal menurut asSunnah ialah tanpa tabir. Susunan saf ialah selepas saf lelaki ialah saf kanak-kanak, pondan dan seterusnya wanita. Dalam saf wanita itu tidak ada gap yg jauh antara saf mereka. Jika gap antara saf pertama dan kedua boleh memuatkan 8-10 saf lagi ini adalah suatu yg baru diciptakan. Kami tidak tahu dari mana mereka belajar utk membuat susunan saf yg demikian. WaLlahu a'alam