SJ-2039: Pinjaman yang dibenarkan dalam islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2039: Pinjaman yang dibenarkan dalam islam

Assalamualaikum.
Boleh tak ustaz senaraikan Bank2 yang bebas/semua muslimin boleh berurusan dalam pinjaman.
Ini kerana saya ingin membeli kereta terpakai (second hand) kedai itu telah memberi tiga bank yang berurusan dengan mereka.antara..AM finance & 2 lagi kurang pasti
Kalau boleh ustaz tolong ler uraikan dengan detail masalah nie kerana kereta yang nak beli kereta terpakai, jika yang masih baru mudah sikit untuk berurusan dengan Bank islam

Re: SJ-2039: Pinjaman yang dibenarkan dalam islam


Jawab:
Malaysia mengamalkan sistem perbankan dwi-sistem (konvensional dan syari'ah). Perbankan Konvensional juga dibenarkan menubuhkan anak syarikat yg beroperasi secara syari'ah. Perbankan Islam di Malaysia setakat ini ialah Bank Islam, bank Rakyat dan Bank Mu'amalat. Manakala bank-bank konvensional yg lain juga ada anak syarikat yg beroperasi di bawah lesen Bank Negara secara syari'ah. Maka jika penjual itu menyebut tiga syarikat perbankan atau finance company, pastikan anda minta pakej pembiayaan secara syari'ah/Islam atau Bai' bithamanan ajil dan buat perbandingan dari pelbagai sudut.
WaLlahu a'alam