SJ-2048: Solat Sunnah (3)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2048: Solat Sunnah (3)

Assalamualikum,

Mengenai Solat Hajat saya rasa banyak diamalkan sebagai solat tersebut untuk berubat, memohon doa dsb. apa pendapat tuan. Maka saya keliru status dari seqi fiqh, jika pendapat/dalil tidak kuat kenapa ramai alim/ulama/abid mengamalkannya untuk pelbagai sebab.

Tambahan-Solat 2-8 rakaat selepas Maghrib dikenali dengan solat awabin/hifzil iman.

JKK

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2048: Solat Sunnah (3)


Jwb:
1. Memang benar, solat Hajat ialah solat sunnat paling popular di Malaysia dan ianya banyak dilakukan secara berjama'ah. Bumi kelahiran saya, Kelantan, misalnya, penduduk di sana mengadakan solat Hajat untuk semua perkara yg signifikan, selalunya dijemput pak lebai untuk solat hajat bagi anak2 menghadapi peperiksaan yg besar2 spt PMR dan SPM. Solat Hajat sempena anak ke universiti, juga bila membeli kenderaan baru, pada malam sebelum bertolak ke Tanah Suci Mekah, ketika naik rumah baru, dsbnya. Boleh kita katakan: solat hajat, baca Yaasin, kenduri tahlil arwah, pagi hariraya pergi kubur sudah sinonim dengan orang Melayu.
Fenomena ini perlu dikaji untuk mencari dari mana ajaran2 ini bermula dan kenapa umat Melayu begitu suka dgn solat Hajat, seolah-olah Allah swt hanya mengabulkan permintaan hamba-Nya melalui solat Hajat shj. Kami tiada jawapan untuk persoalan kenapa solat Hajat itu amat popular di kalangan umat Melayu. Tetapi tidak diamalkan oleh generasi salaf assoleh. Mungkin syaikh Pendekar boleh berikan gambaran solat Hajat di Timr Tengah.
2. Benar sekali, selain solat Dhuha, solat di antara Maghrib dan Isya' juga dikenali dgn solat Awwabin. Menurut pendapat yg rajih, solat Awwabin ini juga sunat. Hadis-hadis yg menthabitkannya disahkan sahih oleh Syaykh Albani (Silsilatul Ahaadis, 5/166) WA (WaLlahu a'alam)