SJ-2084: Fiqh puasa dan perihal wanita

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2084: Fiqh puasa dan perihal wanita

assalamualikum ,

1) saya sudah berumahtangga, kadangkala saya dan suami saya bercumbuan sehingga saya klimaks (terjadinya kemutan & letih), tetapi saya tidak melakukan hubungan kelamin dengan suami saya. sekiranya keadaan seperti di atas berlaku, adakah saya perlu mandi wajib? sekiranya saya berpuasa, adakah batal puasa saya? adakah mandi wajib itu perlu dilakukan sekiranya persetubuhan berlaku atau sekiranya saya klimaks juga saya perlu mandi wajib?

--ada pendapat menyatakan bahawa perempuan tidak mempunyai air mani.

2) sekiranya suami saya juga klimaks hingga keluar air mani (tanpa melakukan persetubuhan), adakah perlu membayar kifarah (bulan puasa)?

3) adakah wujud air mani bagi orang perempuan, sekiranya ya, bilakah ianya keluar dan bagaimana untuk mengenalpastinya? apakah hukumnya solat seseorang perempuan itu sekiranya dia tidak membersihkan air mazi pada seluar dalamnya?
4) apakah hukumnya seorang perempuan yang merangsang dirinya sendiri, mastrubasi, tanpa memasukkan sesuatu kedalam farajnya (maksudnya, dia hanya menggerakkan jarinya dibahagian luar kemaluan sehingga klimaks tetapi tidak memasukkan apa2 pun walaupun jarinya kedalam faraj) sehingga klimaks? adakah ianya haram? bagaimana pula jika ianya dilakukan oleh suami? tolong berikan penjelasan lanjut..

maaf sekali lagi jika soalan2 saya ini saudara rasakan tidak patut...saya harap saudara dapat memberikan jawapan kepada saya. kerana saya sudah hantar ke mufti kedah dan jais tetapi tiada jawapan..segala usaha saudara saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

sekian,

i look forward to hear from u..

jasmine.

Re: SJ-2084: Fiqh puasa dan perihal wanita

:wassalam
1. Puasa menjadi batal jika keluar mani dan wajib qadha. Juga perlu mandi mandi junub. Mandi kerana hadas besar: setubuh atau keluar mani. Fiqh Sunnah

2. Jika suami juga keluar mani kerana cumbuan, puasanya batal dan wajib qadha shj. Qadha dan kaffarat hanya jika berlaku jima' shj (Fiqh Sunnah)

3. Mani bagi perempuan juga ujud sebagaimana lelaki (Dr Mashitah Ibrahim, Metro Ahad, 10 Feb 2002) dan Fiqh sunnah 1/16); Madzi atau cecair ghairah adalah najis dan solat tidak sah jika tidak dibersihkan (ijma', dari kitab almajmu' 2/559' alMughny 2/72)
4. Masturbasi adalah haram menurut jumhur. Dalilnya: AQ 23: 05. Jika suami yg bermain dgn faraj wanita tidak haram bahkan ia jatuh hak suami menikmati tubuhbadan isterinya sebagaimana yg ia sukai. Dalil: AQ 2:223.
P/S: Jika ada kemusykilan agama terus sahaja ke Ahkam Online kerana pejabat Mufti selalunya tidak melayan soalan yg kecil2 begini WA