SJ-2097: Taharah: bhn makanan haram

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2097: Taharah: bhn makanan haram

Assalamu'alaikum

1. Sekiranya kita tersentuh bhn makanan yg mempunyai bahan haram seperti gelatin dari khinzir, adakah kita perlu menyucikan tangan yg tersentuh itu dengan 7 kali air + tanah?

2. Bagaimana pula dgn bekas makanan yg telah menampung makanan itu. Adakah perlu disucikan atau memadai dibasuh saja?
Terima kasih, wassalam.

Re: SJ-2097: Taharah: bhn makanan haram

:wassalam
Jawab:
1. Benar, jika tersentuh dgn bahan yg berasal dari anjing-babi hendaklah dibasuh 7X dan salah satunya dgn air tanah. Inilah pendapat Syafi'iyah (Nawawi, Minhaj atTolibin). Tidak menurut jumhur kerana suruhan dari nas ialah jilatan anjing sahaja. Fiqh Sunnah

2. Bekas makanan yg mengandungi produk dari babi juga mesti dibasuh 7X menurut Syafi'iyah. Pendapat yg azhar (lebih kuat) ialah wajib dgn salah satunya air tanah, manakala pendapat kedua dalam Fiqh Syafi'iy boleh menggunakan sabun/detergen (Syaraf anNawawi, Minhaj atTolibin) Boleh menggunakan sabun mengganti tanah menurut fiqh Syafi'iy ini disahkan oleh Prof Hasbi Siddiqiey, Hukum Fiqh Islami, Jld 1. WA