SJ-2334: Bid'ah Laagi [U]

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2334: Bid'ah Laagi [U]

Assalamualaikum…

Kita sedia maklum… dalam masalah bid’ah ni… bukan semua ulama’ yang bersetuju….contohnya dalam masalah seperti menyapu muka selepas salam (solat)…. Kalau saya tak silap… An-Nawawi mengatakan yang ia sunat…. Manakala Syed Sabiq kata… nabi tak buat…. Dan banyak lagi contoh-contoh lain…. Jadi… kalau dah macam ni ana nak tau ler jugak… ulama’ seperti Imam An-Nawawi tu guna dalil apa?

Soalan kedua…ulama’ulama’ yang tak bersetuju dengan “semua bid’ah – sesat” ni… menggunakan alasan apa untuk menafikan ayat al-Quran :

“Dan pada hari ini telah aku sempurnakan kepada kamu agama kamu, ….(al-aayah)”

Bukanmkah berdasar ayat tersebut, jelas menunjukkan bahwa setiap bid’ah itu adalah bukan daripada AGAMA ISLAM.? Bukannya apa….ana sajer nak tau hujah-hujah yang digunakan oleh kedua belah pihak…. WA

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2334: Bid'ah Laagi [U]

:wassalam
Jawab:

Topik ini sering ditanya dan dibahaskan dalam ruangan SJ fiqih atau Diskusi Ahkam. Kita menganggap tidak mengapa diulang-ulang lagi supaya generasi muda lebih terdedah kepada bahaya Bid'ah.
1. Amalan menyapu muka selepas salam dan membaca do'a: "Bismillah hillazee ....adalah versi Imam Tabrani dan Imam Ibn Sunni. Ia tidak diamalkan oleh generasi salaf assoleh termasuk Imam Syafi'iy sendiri dan versi hadis ini dinilai Dha'ef oleh ahli Hadis (alhafeedz Syawkani, nailool Awthor: 2: 346)

2. Hadis yg anda maksudkan itu ialah versi Muslim dari Jabir ra, "Sesungguhnya sebaik-baik perbicaraan adalah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad. Seburuk-buruk perkara adalah perbuatan bid'ah dan semua bid'ah adalah sesat." (terdapat juga dalam Riyadus Solihin, bab annahyu 'an alBida' wa Muhdatsat al Umur)

Maka sesiapa mencipta bid'ah dalam agama telah menafikan kesempurnaan ajaran Islam. Dalilnya: alMaidah: ayat 3 dan alMa'idah: ayat 67. Lihat Imam asySyaatibi: alI'tisom: 1/49)

Alasan atau dalil yg digunakan untuk mencipta bid'ah hasanah ialah: HR Muslim, anNasa'iy, Ibn Majah, atTermidhi," Barangsiapa mencipta atau memulai suatu sunnah yg baik dlm Islam akan mendapat pahala dari orang yg mengikut amalan itu..." (lihat Dr Yusof al Qardhawi, alMuntaqa min Kitab atTarghib wa Tarhib,: 1/115, hadis # 41)

Kekeliruan hadis ini sudah dijelaskan oleh ramai muhaqqeeqin, antaranya Imam asySyatibi (Imam Ibrahim bin Musa alLakhami al Garnathi (Granada, Spain, w.790H/1388M) dalam alI'tisom, 1/188; Syaikhul Islam Ibn Taymiya alharani, Iqtidha Syirat alMustaqeem/270. Rumusan: kalimah sunnah hasanah atau bid'ah hasanah dalam hadis di atas hanyalah dari sudut lughawi (etimologis) sahaja dan bukan maksud terminologi.

Cth:
1. Taharah: etimologis (bahasa/lughawi) ialah kebersihan atau hygiene. dari terminologi/syara' ialah menghilangkan hadath

2. Salat. dari sudut etimologis ialah do'a; manakala dari sudut terminologi ialah perkataan atau perbuatan yg dimulai dgn takbiratul ihram hingga salam.

Maka Bid'ah dan Sunnah ini ada maksud etimologis dan maksud terminologis. Bila Umar alKhattab ra berkata, solat Tarawikh berjama'ah ini sebaik-baik Bid'ah, yg dimaksudkan oleh Umar ra ialah bid'ah dari makna etimologis sahaja. Bid'ah dari maksud terminologi ialah suatu amal yg direkacipta dalam ibadah atau agama utk menandingi syari'at yg sedia ada. kekeliruan ini dijangka akan berpanjangan kecuali mereka yg Allah limpahkan kebaikan padanya dalam memahami agama. WA