SJ-2339: Iblis dan syaitan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2339: Iblis dan syaitan

Assalamualikum,
Dua soalan:
1- apakah bezanya antara Iblis dan syaitan.
2- dalam al-Quran ada disebut tentang syaitan-syaitan manusia dan jin. Apakah yang dimaksudkan dengan syaitan-syaitan manusia itu dan apakah ciri-cirinya? Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2339: Iblis dan syaitan

:wassalam

Jawab:

Mukhtasar (ringkasan) mengenai Jinn, Iblis dan Syaitan
:happydevi :devil :mgun :bazooka
1. Jin/Iblis/Syaitan
a. Jinn
Menurut etimologis (bahasa), Jinn ialah apa jua yg tersembunyi. Cth:
i) Janin = bayi yg tersembunyi dalam perut wanita hamil
ii) Jannah (taman) = bumi yg ditutupi flora dan fauna
iii) Jinnah = bodoh kerana ia menyembunyikan akal
Menurut Imam Ridha, orang Arab memahami Jinn apa jua yg tidak dapat dilihat dgn mata kasar atau habitatnya memang tersembunyi. Bakteria, virus, kalajengking, ular, juga termasuk jinn.
Jinn dari maksud terminologi/syara' ialah makhluk yg berakal, mukallaf, beranak-pinak, berqabilah (berpuak-puak), diciptakan sebelum manusia dari api.
Antara dalil-dalil: (terjemahnya)
" Dari golongan manusia dan jinn" An Nas: 6
"Sesungguhnya dia (jinn) dan pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yg kamu tidak sapat melihat mereka." AlA'araf: 27
"Patutkan kamu mengambil dia (iblis) dan keturunannya sebagai pemimpin, sedang mereka adalah musuhmu?" alKahfi: 50
"Dan sungguh Kami telah mencipta manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yg diberi bentuk. Dan Kami telah mencipta jinn sebelum (Adam) dari api yg sangat panas." alHijr: 26
"Dan tidaklah Aku menciptakan jinn dan manusia kecuali utk beribadah kepada Aku." azZariyat:56
"Dan dihimpunkan utk Sulaiman tenteranya dari jinn, manusia dan burung lalu mereka diatur dgn tertib." anNaml: 17

b. Iblis
Ia suatu istilah yg asing dan tidak berasal dari bahasa Arab. Maka nama Iblis itu bermaksud spt mana yg dijelaskan mengenai kisah Adam.
Allah SWT menyebut nama Iblis setelah selesai penciptaan Adam AS (AQ: alBaqarah:30), Allah memerintahkan makhluk yg sedia ada yakni Malaikat dan Jinn supaya sujud kepada Adam.
" maka sujudlah Malaikat semuanya." AQ: Shad: 73
Iblis yg mewakili kaum Jinn enggan berbuat demikian.
"aku lebih baik drpdnya (Adam), engkau cipta daku dari api sedangkan dia dari tanah." Shad: 76

Iblis termasuk dari kalangan jinn.
Dalil: " maka sujudlah mereka kecuali Iblis, dia dari golongan jinn." alKahfi: 50

c. Syaitan
Menurut bahasa Arab, syaitan = setiap yg sombong, buruk dan derhaka dari kalangan jin, manusia dan binatang. Sebab itu orang Arab mengatakan ular itupun syaitan. Dalilnya:
"mayangnya (pokok Zaqqum) spt kepala syaitan-syaitan." AQ 37: 65
Maka hodoh dan buruk atau jelik itu dinisbahkan kepada syaitan.
AlQur'an pula menggunakan istilah syaitan utk menggambarkan setiap yg suka membangkang dan melanggar baik dari kalangan jinn dan manusia.
Dalil: "Dan demikianlah Kami jadikan bg tiap2 Nabi itu musuh iaitu syaitan-syaitan dari manusia dan jin." AQ 6: 112
" Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia. dari jenis jinn dan manusia." (114: 5-6)

Soalan 2: syaitan manusia dan jin serta ciri-cirinya sudah terangkum dalam 1. c (syaitan)

Rumusan:

1. Iblis adalah moyang kepada kaum jinn.
2. Adam AS adalah moyang kepada kaum manusia
3. Jinn adalah mukallaf spt juga manusia: maka ada di antara mereka yg kafir, mukmin dan fasiq.
4. Syaitan adalah segolongan dari jinn dan manusia yg bersifat jahat, sombong, derhaka, membangkang dan membuat kerosakan. WA

Petikan: Dr Mohammad Sayyid al Musayyar, Ibadah asySyaythan:, 1998: Darul Wafa'-alMansyurah)
* DR Sayyid alMusayyar, PHD alAzhar graduan 1978 , adalah pensyarah di Fakulti Usyuluddin, Univ alAzhar.