Assalamualaikum,
:confused:Kemusykilan saya ialah mengenai interest pinjaman yg dikenakan ke atas pinjaman saya sewaktu saya belajar dulu dgn kadar tetap setahun...Alasan mereka ialah kerana interest tu dikenakan bukannya sbg riba tapi sekadar untuk membiayai kos mereka dalam mengendalikan tabung pinjaman tersebut dan adakah ini alasan yang sama digunakan ke atas bank-bank di dunia ini..saya harap dapat penjelasan yang detail daripada pihak tuan, wasalam
:wassalam
Jawab:
Kadar faedah ke atas pinjaman baik berupa kadar tetap (fixed interest rate) atau variable (berubah-rubah mengikut BLR) adalah riba nasiah yg diharamkan.
Pertama: Sektor perbankan ditubuhkan pada hari pertamanya untuk membuat keuntungan bukannya kebajikan. Oleh kerana sektur perbankan adalah suatu yg baru, maka fuqaha' tidak sepakat dalam menetapkan hukumnya bunga/interest bank.
Jumhur ahli hukum termasuk Dr Muhammad Darraz (KSA), Syaikh Abu Zahrah (Cairo University), alMaudoodi, Dr Qardhawi (Qatar) mengharamkan secara mutlak baik ratenya rendah atau tinggi kerana keburukan dan kejelikan riba; yang membolehkan ialah A Hasan (Pesantren Bangil, Persis, Bandung), Prof Muhammad arZarqa' (Syria), Dr Ma'ruf Dawalibi (Mesir), Syaikh Sayyid Tontowi, Rektor alAzhar sekarang. Ada pula yg mengatakan syubhah spt Muhammadiah, Indonesia. Ini kerana berlaku khilaf pada riba zaman sekarang dgn riba pada zaman dulu atas dua unsur : kezaliman dan eksploitasi golongan pemodal.
2. Isu kedua ialah kadar interest yg dikenakan ke atas pinjaman PTPN, pinjaman dari tabung pelajaran yg menggantikan biasiswa oleh kerajaan. Ini sudah dibahaskan di Parlimen dan masih menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Bagi pelajar mereka tidaklah berdosa kerana keperluan dana utk pelajaran adalah hak mereka sebagai rakyat utk mendapatkan pelajaran. " HR Ibn Majah," tidak berdosa atas umatku jika mereka terpaksa, terlupa atau tersalah.( hadis hasan menurut Syuyuti). WA