SJ-2591: calon isteri

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2591: calon isteri

assalamualaikum
Seorang lelaki telah berkenalan dgn seorang wanita dan mempertimbangkan utk mengambilnya sbg isteri. Wanita tersebut kemudian mengakui yg dahulunya dia pernah terlanjur.
Dari pandangan Islam, apakah lelaki itu patut mencari calon lain sebagai isteri, atau meneruskan niatnya memperisterikan wanita tersebut?
Dari segi syara', adakah lelaki tersebut perlu menyelidiki peristiwa berkenaan atau membiarkannya saja, dan cuma pastikan si wanita benar-benar bertaubat?

Adakah sirah di mana wanita yg asalnya berpoya-poya, tetapi telah bertaubat dan menjadi insan yg solehah?
harap ustaz dapat membantu. jkk.

:confused:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2191: calon isteri

:wassalam
Jawab:
Syara' menegah hanya wanita pelacur atau perempuan jahat yg kebiasaannya berzina. Bagi wanita yg terlanjur dan bertaubat, tidak ada tegahan. Apabila perempuan itu mengaku dgn jujur menandakan ketelusannya.
Dalil: 5:5 (Dan dihalalkan mengahwini wanita2 yg menjaga kehormatan)
24: 3 (dan perempuan yg berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki2 yg berzina)
Maksud ayat 24:3 itu ialah wanita pelacur atau wanita2 yg berpoya-poya spt GRO.
mengenai seerah wanita yg berpoya-poya dan kaki zina di zaman salaf tidak ada, cuma ada berlaku di zaman Omar alKhattab ra, terdapat seorang perempuan yg terlanjur, kemudian taubat, dan bila diberitahu kepada Umar, Umar memerintahkan supaya kisah silamnya dirahsiakan. Lihat Fiqh Sunnah (edisi Indinesia, Jld 6-7-8) Rumusan: Jika wanita itu sudah taubat dan nampak kesolehannya, kenapa tidak boleh. Namun semuanya terletak di tangan lelaki itu. WA