:salam
Adakah sunnah kita berdoa sambil menadah tangan ketika antara 2 khutbah dan di akhir khutbah(sebelum solat). Ini kerana ada yang mengatakan tidak perlu menadah tangan pada kedua-dua tempat, dan ada berpendapat hanya perlu menadah tangan pada salah satu tempat. Wallah hu'alam
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ateed dengan kemampuan yang terhad ini, Insyaallah.
Umumnya, mengangkat tangan ketika berdoa' ini sunnah. Ini berdasarkan hadith Nabi saw, sabdanya :
Akan tetapi, mengangkat tangan semasa berdo'a didalam Khutbah Jumaat bagi Khatib bukanlah sunnah untuk mengangkat tangannya. Ia hanya disunnahkan menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk. Malah para sahabat mengutuklarang khatib mengangkat tangan ketika berdo'a.
Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan :
Imam Al-Nawawi mengatakan :
Ma'mum juga tidak digalakkan mengangkat tangan semasa Khatib membaca do'a, kerana ma'mum mengikut Imam.
Akan tetapi jika Imam berdo'a agar diturunkan hujan pada hari Jumaat semasa beliau diatas mimbar, maka adalah menjadi sunnah mengangkat tangan dan begitu juga keadaan ma'mumnya, disunatkan mengangkat tangan.
Muhaddith Sheikh Nasyiruddin Al-Albani didalam buku Bida' Al-Jumu'ah (ms 56-66)[1] telah menyatakan bahawa mengangkat tangan :
merupakan bid'ah-bid'ah yang biasa dilakukan oleh ma'mum yang menghadirkan diri didalam solat Jumaat.
Beberapa ulama' mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan orang-orang yang bersolat mengangkat tangan mereka bagi mengaminkan do'a Imam, dan disebut oleh Ibnu Abidin (Khaasiyah Abidin 11/143), sesungguhnya jika mereka melakukannya maka mereka dosa keatas yang sahih[2][="#0000ff" size="3"](Åäåã ÅÐÇ ÝÚáæÇ Ðáß ÃËãæÇ Úáì ÇáÕÍíÍ) .
Begitu jugalah halnya kepada mereka yang mengangkat tangan mereka tatkala Imam duduk diantara 2 khutbah.
Berdo'a didalam Khutbah Jumaat adalah disyara'kan thabit dari Nabi saw dimana ia mendoa'kan keatas mu'minin dan mu'minat. Didalam Fatwa no:6396, Faatwa Lajhah Daa'imah LilBuhtuth Al-Ilmiyah wa Al-Ifta' (8/233) mengatakan bahawa menyebut 'Amin' pada do'a tidaklah mengapa[3] [="#0000ff" size="3"](ÃãÇ ÇáÊáÝÙ ÈÇáÊÃãíä Úáì ÏÚÇÆå ÝáÇ ÈÃÓ Èåº).
Kesimpulannya ialah mengangkat tangan untuk berdo'a semasa Imam duduk antara 2 khutbah dan juga semasa Imam membaca do'a tidaklah terdapat didalam syara', malah ulama' mengatakan ia adalah perbuatan bid'ah. Do'a boleh dibaca pada masa Imam sedang duduk diantara 2 khutbah dengan secara perlahan (sir) tanpa mengangkat tangan dan 'Amin' boleh dibaca secara perlahan semasa Imam membaca do'a.
Wallahu 'alam
-wassalam-
-----------------
Rujukan :
1. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Bida' Al-Jumu'ah . Riyad : Maktabah Al-Maa'arif, 1996.
2. Abu Abidah Mashyur bin Hassan bin Sulaiman. Al-Qaul Al-Mubin fi Akhta' Al-Musolliin. Damaan : Dar Al-Qayyim, 1996. ms. 380.
3. Faatwa Lajhah Daa'imah LilBuhtuth Al-Ilmiyah wa Al-Ifta' - 8.cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'id, 2000.
خيرالأمين