SJ- 2701: Hukum Fixed Deposit

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ- 2701: Hukum Fixed Deposit

Assalamualaikum,
Apakah hukum memasukkan duit ke dalam fixed deposit?
Wasallam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ- 2701: Hukum Fixed Deposit

:wassalam
Jawab:
Fixed Deposit adalah sejenis akaun di Perbankan Konvensional di mana penyimpan boleh memilih tempoh deposit dan dijamin kadar pulangan yg ditetapkan, Akaun fixed deposit ini boleh dipilih dari 3 bulan hingga 5 tahun.
Penetapan kadar pulangan begini sudah lama di ijma'kan haram sejak zaman salaf lagi. Ijma' ini dari Ibn Munzir dalam alMughny oleh Ibn Qudamah alMaqdisi. Disahkan oleh Syaykhul Islam Ibn Taymiyah (Muntaqil Akhbar min Ahadith Sayyidil Akhyar) (bab Aqad): "Adapun yg merosakkan aqad ialah apabila salah seorang peserta mensyaratkan kadar tertentu daripada ladang gandum atau sebarang ladang atau yg seumpamanya."
Ia didasarkan kpd Hadith-hadith:
a. HR Bukhari-Muslim dari Rafi'iy bin Khudaij ra," Kami adalah kaum Ansar yg memiliki ladang-ladang. Kalau kami sewakan kepada orang ramai dengan menetapkan bahagian begini utk kami dan bahagian tetap utk mereka. Kemudian kami dilarang (oleh Nabi saw) daripada melakukan yg demikian."
Apa yg diharuskan ialah muzara'ah (perkongsian untung/rugi) di sektor pertanian dan mudharabah (kongsi untung/rugi) di sektor perniagaan."
Rumusan: Kadar faedah dijamin dari akaun Fixed Deposit dari perbankan Konvensional adalah riba yg diharamkan. Perbankan Islam menggantikan fixed deposit ini dgn akaun Mudharabah. (AlQaradhawi, Fawaid alBunuk hiya arRiba' alHaram). WA