SJ - 2748 : Qoda Sembahyang Subuh -- Qunut

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2748 : Qoda Sembahyang Subuh -- Qunut

:salam

Sebagai manusia biasa yang sentiasa dalam kejahilan kita selalu membuat kesilapan, dan Allah SWT menyuruh kita sentiasa memperbaiki iman dan amalan kita dengan cara yang ditunjukkan nabi kita Muhammad SAW.

Bagaimana mahu menqoda semula solat subuh yang tertinggal. Bolehkah ditinggalkan bacaan qunut.

Semoga hujjah dari tuan2 menambahkan lagi ilmu dan seterusnya membina yakin dalam amalan dan membuahkan amalan yang soleh

semutapi (not verified)
Re: Qoda Sembahyang Subuh -- Qunut

:salam

Jawapan ini dipetik dari Al Fadhil ustaz THTL...
Qadha Solat:
"Hukum qadha solat yg luput dgn sengaja adalah batil dan bid'ah dhalalah. Ini pendapat kaum Zahiri (Daud dan Ibn Hazm), Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Salafiyah Saudi Arabia dan Imam Syawkani.
Dalil: S. Maryam: 59-60; al Ma'uun: 4-5 dan Talaq: 1
Dalil-dalil hadis semuanya mengisyaratkan Qadha hanya bila berlaku illat lupa atau tertidur sahaja.
b. Pendapat Jumhur fuqaha' (empat madzhab besar) pula menetapkan adanya hukum qadha bagi solat yg luput dgn sengaja. Cara menetapkan hukum qadha ini dgn QIAS. Jika solat yg luput dgn sebab tertidur dan lupa diwajihkan qadha, maka apatah lagi jika ditinggalkan dgn sengaja bertambahlah wajibnya.
Manakah pendapat yg lebih kuat atau rajih?
Thtl memilih pendapat pertama kerana ibadah mesti thabit dgn nas. Tapi jika anda ingin kekal dgn pendapat jumhur juga boleh kerana kemuktabaran empat madzhab fiqih yg masyhur itu."
...berkenaan doa Qunut pula bagi Mazhab Syafie ianya adalah sunat muakaad. Tunggulah jawapan yg lebih detail dari Al-Fadhil Ustaz sekalian, saya pun ingin mengetahuai apakah pendapat Al-Ahkam berkenaan doa qunut ini? :bubble0

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2748 : Qoda Sembahyang Subuh -- Qunut

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr neofim dengan kadar kemampuan yang ada, insyaallah. Terima kasih sdr Semutapi yang banyak membantu memudahkan kerja-kerja kami ini.

Apa yang kami lihat dari soalan sdr neofim mengenai masalah diatas bolehlah dipecahkan kepada dua bahagian: a. Bagaimana nak Qada' solat yang tertinggal? b. Apakah status amalan do'a qunut didalam solat subuh?

Status Qada' Solat

Persoalan Qada' solat ini telah banyak kali dibincangkan didalam Soal-Jawab Al-Ahkam ini, yang majoritinya telah dijawab oleh salah seorang dari pengasas Al-Ahkam dan juga Ketua Panelist Fiqh kami iaitu Al-Fadhil Ustaz Tuan Hassan Tuan Lah (thtl). Melihat kepada petikan jawapan beliau dari apa yang petikan dan dipaparkan oleh Semutapi, boleh diringkaskan seperti berikut :

1. Jumhur ulama' mazhab mengatakan bahawa solat yang tertinggal akibat malas, lalai bolehlah diqada'kan (Lihat Kitab Solat, Majmu' Al-Fataawa Ibnu Taimiyyah, muka surat 103, Jilid 22), kecuali mereka yang mengatakan SOLAT ITU TIDAK WAJIB.

2. Ulama' Ittiba' Al-Sunnah seperti Al-Albani, Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan sebagainya mengatakan tidak perlu mengqada solat yang tertinggal, tetapi hendaklah BERTAUBAT dan menunaikan banyak solat-solat sunat dan amalan-amalan solat.

Berikut kami paparkan link (url) yang dijawab oleh Al-fadhil Ustaz THTL :

Arkib Al-Ahkam mengenai Qada' Solat

1. SJ-1721: Qadha solat

2. SJ-1391: [U] Qadha sembahyang fardhu II

3. SJ-1366: [100D/U]: Qadha Sembayang Lapuk

4. SJ-2187: tiada qada dalam ibadah

5. SJ-2398: [u] Qada solat

6. SJ-2196: Qada sembahyang utk Arwah

7. SJ-2308: Pelbagai mengenai solat

-------------

Apakah perlu kafaarah terhadap solat yang ditinggalkan?

Menurut fatwa bernombor 4476 yang dikeluarkan oleh al-Lajnah al-Daa’imah bahawa :

[="#0000ff" size="3"] ãä ÊÑß ÕáÇÉ Ãæ ÃßËÑ ãä ÇáÕáæÇÊ ÇáãÝÑæÖÉ Ïæä ÚÐÑ ÝÚáíå Ãä íÊæÈ Åáì Çááå ÊæÈÉ ÕÇÏÞÉ æáÇ ÞÖÇÁ Úáíå æáÇ ßÝÇÑÉ áÃä ÊÑß ÇáÕáÇÉ ÇáãÝÑæÖÉ ÚãÏÇ ßÝÑ ÃßÈÑ áÞæá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã : ( ÇáÚåÏ ÇáÐí ÈíääÇ æÈíäåã ÇáÕáÇÉ Ýãä ÊÑßåÇ ÝÞÏ ßÝÑ ) ÃÎÑÌå ÃÍãÏ (22428) ¡ æÇáÊÑãÐí (2621) ¡ æÇáäÓÇÆí (462)
æÞæáå : ( Èíä ÇáÑÌá æÈíä ÇáÔÑß æÇáßÝÑ ÊÑß ÇáÕáÇÉ ) ÑæÇå ãÓáã (242) ¡ æáÇ ßÝÇÑÉ Ýí Ðáß Óæì ÇáÊæÈÉ ÇáäÕæÍ .

"Barangsiapa yang meninggalkan satu atau banyak solat tanpa sebarang keuzuran hendaklah BERTAUBAT kepada Allah swt dengan secara ikhlas dan tidaklah mengqada'nya dan tidak ada kafaarah keatasnya, kerana sesungguhnya meninggalkan solat fardu secara sengaja adalah kufur yang besar, sebagaimana sabda Nabi saw : 'Batas perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barangsiapa meninggalkannya telah kufur ia'. Dikeluarkan oleh Ahmad (22428), Tirmudzi (2621), Al-Nassaai (462) dan bersabda Nabi saw lagi : 'Antara seorang lelaki yang syirik dan kufur, adalah meninggalkan solat' - diriwayatkan oleh Imam Muslim (242), dan tidak ada KAFAARAH keatasnya melainkan BERTAUBAT" - (Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 6/50)

-------------
Apakah solat yang boleh di Qada'?

Bagi mereka yang tertinggal solat akibat TIDUR dan LUPA hendaklah mengqada' solat apabila mereka ingat, kerana sabda Nabi saw :

[="#800000" size="3"]ãä äÓí ÕáÇÉ Ãæ äÇã ÚäåÇ ÝáíÕáåÇ ÅÐÇ ÐßÑåÇ áÇ ßÝÇÑÉ áåÇ ÅáÇ Ðáß
"Barangsiapa lupa Solat atau Tidur, Solatlah apabila teringat, tidaklah ada kafaarah selain dari itu" - Riwayat Al-Bukhaari #572 dan Muslim #1564.

Didalam riwayat A;-Bukhaari #4370 danMuslim #834, membuktikan bahawa Nabi saw telah mengqada sunat Zohor setelah bersolat Asar.

Dengan erti kata lain, jika seseorang itu tertidur atau lupa, dan dia hanya teringat untuk melakukan zohor walaupun setelah solat Asar, maka ia hendaklah Solat pada masa itu juga.

-----------
Seriuskan kesalahan meninggalkan SOLAT?

Ulama' salaf mengambil kaedah tidak perlu qada' bagi solat yang tertinggal tanpa sebab yang dibenarkan seperti TIDUR dan LUPA. Apa yang perlu dilakukan ialah TAUBAT NASUHA, Ikhlas kepada Allah swt dengan azam tidak mahu meninggalkan perintah Allah swt lagi, dan banyak melakukan ibadat-iabadat sunat agar ia sebagai penempel kepada kekurangan yang ada, Insyaallah. Namun demikian, ia bukanlah menjadi sebab untuk kita memandang ringan akan ibadat Solat ini, dengan andaian, boleh bertaubat nanti.

Disini kita cuba memberi satu gambaran, betapa seriusnya hukuman mereka yang meninggalkan Solat dimana dalam tempuh 3 hari jika ia tidak bertaubat, maka ia dianggap murtad, dan boleh dihukum bunuh! Disini kami petikkan teks penuh fatwa bernombor :4678 dari al-Lajnah al-Daa’imah:

[="#0000ff" size="3"]ÇÎÊáÝ ÇáÚáãÇÁ Ýí ÊÇÑß ÇáÕáÇÉ ÚãÏÇð ãä ÇáãÓáãíä ÅÐÇ áã íÌÍÏ æÌæÈåÇ ÝÞÇá ÈÚÖåã åæ ßÇÝÑ ßÝÑÇð íÎÑÌ ãä ãáÉ ÇáÅÓáÇã æíÚÊÈÑ ãÑÊÏÇð æíÓÊÊÇÈ ËáÇËÉ ÃíÇã ÝÅä ÊÇÈ ÝíåÇ º æÅáÇ ÞÊá áÑÏÊå ¡ ÝáÇ íÕáì Úáíå ÕáÇÉ ÇáÌäÇÒÉ æáÇ íÏÝä Ýí ãÞÇÈÑ ÇáãÓáãíä æáÇ íÓáã Úáíå ÍíÇð Ãæ ãíÊÇð æáÇ íÑÏ Úáíå ÇáÓáÇã æáÇ íÓÊÛÝÑ áå æáÇ íÊÑÍã Úáíå æáÇ íÑË æáÇ íæÑË ãÇáå Èá íÌÚá ãÇáå ÝíÆÇ Ýí ÈíÊ ãÇá ÇáãÓáãíä ¡ ÓæÇÁ ßËÑ ÊÇÑßæ ÇáÕáÇÉ ÚãÏÇð Ãã ÞøáæÇ ¡ ÝÇáÍßã áÇ íÎÊáÝ ÈßËÑÊåã æÞáÊåã .
æåÐÇ ÇáÞæá åæ ÇáÃÕÍ æÇáÃÑÌÍ Ýí ÇáÏáíá áÞæá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã : " ÇáÚåÏ ÇáÐí ÈíääÇ æÈíäåã ÇáÕáÇÉ Ýãä ÊÑßåÇ ÝÞÏ ßÝÑ " ÃÎÑÌå ÇáÅãÇã ÃÍãÏ æÃåá ÇáÓää ÈÅÓäÇÏ ÕÍíÍ ¡ æÞæáå Õáì Çááå Úáíå æÓáã : " Èíä ÇáÑÌá æÈíä ÇáßÝÑ æÇáÔÑß ÊÑß ÇáÕáÇÉ " ÃÎÑÌå ÇáÅãÇã ãÓáã Ýí ÕÍíÍå ãÚ ÃÍÇÏíË ÃÎÑì Ýí Ðáß .
æÞÇá ÌãåæÑ ÇáÚáãÇÁ Åä ÌÍÏ æÌæÈåÇ Ýåæ ßÇÝÑ ãÑÊÏ Úä Ïíä ÇáÅÓáÇã æÍßãå ßãÇ ÊÞÏã ÊÝÕíáå Ýí ÇáÞæá ÇáÃæá ¡ æÅä áã íÌÍÏ æÌæÈåÇ áßäå ÊÑßåÇ ßÓáÇð ãËáÇð Ýåæ ãÑÊßÈ ßÈíÑÉ ÛíÑ Ãäå áÇ íÎÑÌ ÈåÇ ãä ãáÉ ÇáÅÓáÇã æÊÌÈ ÇÓÊÊÇÈÊå ËáÇËÉ ÃíÇã ÝÅä ÊÇÈ ÝÇáÍãÏ ááå æÅáÇ ÞÊá ÍÏÇð áÇ ßÝÑÇð ¡ æÚáì åÐÇ íÛÓá æíßÝä æíÕáì Úáíå æíÏÚì áå ÈÇáãÛÝÑÉ æÇáÑÍãÉ æíÏÝä Ýí ãÞÇÈÑ ÇáãÓáãíä æíÑË æíæÑË ¡ æÈÇáÌãáÉ ÊÌÑí Úáíå ÃÍßÇã ÇáãÓáãíä ÇáÚÕÇÉ ÍíÇð æãíÊÇð .

"Ulama berselisih pendapat mengenai seorang Islam yang sengaja meninggalkan solat TANPA menafikan kefarduan Solat. Ada yang mengatakan sudah PASTI KAFIR kerana telah melepasi millah (agama) Islam dan ia dianggap MURTAD, dimana ia diberi tempoh 3 hari untuk bertaubat, jika tidak, hukuman bunuh boleh dikenakan akibat Murtad. Solat Jenazah tidak boleh dilakukan keatasnya, dan ia tidak akan ditanam di Kubur orang Islam. Mengucapkan salam kepadanya juga tidak dibenarkan, tidak boleh mewarisi harta, malahan hartanya akan diserahkan ke Baitul Maal. Hukuman ini dikenakan samada ramai atau sedikit mereka yang meninggalkan solat.

Pandangan ini adalah pandangan yang paling sahih menurut sabda Nabi saw dimana 'Perbezaan diantara kami dan mereka adalah Solat. Barangsiapa meninggalkannya maka telah kafir ia' - Riwayat Imam Ahmad dan ahli sunan dengan Isnad yang sahih. dan 'Antara lelaki kufur dan syirik, adalah solat' - Riwayat Imam Muslim didalam Sahih, dan beberapa hadith lain yang serupa.
Jumhur ulama' berkata bahawa jika seseorang menafikan WAJIBnya Solat, maka ia adalah kafir dan Murtad dari agama Islam.

Hukuman keatas orang ini adalah sepertimana yang dijelaskan tadi. Jika ia tidak menafikan WAJIBnya kefarduan solat, tetapi tidak melakukannya kerana MALAS sebagai contoh, maka ia telah BERDOSA BESAR, tetapi tidaklah ia terkeluar dari Islam. Dia hendaklah diberi tempoh 3 hari untuk bertaubat. Jika ia melakukannya, ALHAMDULILLAH; jika tidak, dia harus dikenakan hukuman bunuh, cuma ia sebagai HUKUMAN dan bukan kerana ia menjadi kafir. Didalam permasalahan ini, ia boleh dimandikan (setelah mati) dan di kafankan. Solat jenazah hendaklah diperlakukan keatas orang tersebut, dan ditanam di perkuburan orang Islam. Dia boleh mewarisi harta dan mewariskan hartanya. Secara umum, semua hukum orang yang melakukan dosa dikenakan ketasnya, semasa hidup atau didalam kematian." -(Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 6/49)

-BERSAMBUNG-

wallahu 'alam

-wassalam-

=============
Rujukan :

1] Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 22. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.

2] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - Volume 6. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.

خيرالأمين

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2748 : Qoda Sembahyang Subuh -- Qunut (sambungan)

Do'a Qunut

Soal-Jawab Al-Ahkam juga tidak sunyi dari menjawap persoalan-persoalan yang berkisar mengenai Do'a Qunut, khususnya membaca Qunut semasa Solat Subuh. Perkara ini telah dijawab oleh Al-Fadhil Ustaz THTL yang kami akan paparkan dibawah ini :

Arkib Al-Ahkam mengenai Qunut

1. SJ-2360: Doa Qunut

2. SJ-2275: persoalan perbezaan pendapat ulama

3. SJ-1268: [100D] Qunut Subuh (U)

-------------------------------------
Menurut Sheikh Bakar Abu Zayid dan Sheikh Muhammad Nasyiruddin al-Albaani(Sifat Solat, 178)[1], Qunut didalam definsi ahli Fiqh (Fuqaha') ialah "Nama doa yang dilakukan semasa Solat di perbuatan tertentu semasa Qiam (berdiri)" [="#0000ff" size="3"] (ÇÓã ááÏÚÇÁ Ýí ÇáÕáÇÉ Ýí ãÍá ãÎÕæÕ ãä ÇáÞíÇã ). Menurut pandangan yang lebih shahih dari beberapa ulama', ia dilakukan semasa Solat Witir. Jika berlaku musibah atau bencana (Naazilah) keatas umat Islam, digalakkan melakukan Do'a Qunut setelah bangun daru Ruku' di rakaat terakhir didalam solat-solat fardu, sehinggalah Allah swt membebaskan umat Islam dari musibah tersebut.

Qunut didalam solat Subuh

Didalam Jilid 7, fatwa yang dikeluarkan oleh al-Lajnah al-Daa’imah Saudi didalam fatwa bernombor 2452, katanya bahawa :

[="#0000ff" size="3"]áã íÕÍ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãäå ÎÕ ÇáÕÈÍ ÈÇáÞäæÊ¡ æáÇ Ãäå ÏÇæã Úáíå Ýí ÕáÇÉ ÇáÕÈÍ¡ æÅäãÇ ÇáÐí ËÈÊ Úäå Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãäå ÞäÊ Ýí ÇáäæÇÒá ÈãÇ íäÇÓÈåÇ¡ ÝÞäÊ Ýí ÕáÇÉ ÇáÕÈÍ æÛíÑåÇ ãä ÇáÕáæÇÊ íÏÚæ Úáì ÑÚá æÐßæÇä æÚõÕóíøóÉ áÞÊáåã ÇáÞÑÇÁ ÇáÐíä ÃÑÓáåã ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Åáíåã áíÚáãæåã Ïíäåã¡ æËÈÊ Ýí ÕáÇÉ ÇáÕÈÍ æÛíÑåÇ íÏÚæ ááãÓÊÖÚÝíä ãä ÇáãÄãäíä Ãä íäÌíåã Çááå ãä ÚÏæåã¡ æáã íÏÇæã Úáì Ðáß¡ æÓÇÑ Úáì Ðáß ÇáÎáÝÇÁ ÇáÑÇÔÏæä ãä ÈÚÏå¡ ÝÎíÑ ( ááÅãÇã ) Ãä íÞÊÕÑ Úáì ÇáÞäæÊ Ýí ÇáäæÇÒá ÇÞÊÏÇÁð ÈÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝíãÇ ËÈÊ Úä ÃÈí ãÇáß ÇáÃÔÌÚí ÞÇá : ÞáÊ áÃÈí : íÇ ÃÈÊ ÞÏ ÕáíÊ ÎáÝ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã æÎáÝ ÃÈí ÈßÑ æÚãÑ æÚËãÇä æÚáí ÑÖí Çááå Úäåã ÃÝßÇäæÇ íÞäÊæä Ýí ÇáÝÌÑ ¿ ÝÞÇá : (Ãí Èäíø ãõÍÏóË) ÑæÇå ÇáÎãÓÉ ÅáÇ ÃÈÇ ÏÇæÏ ( æÕÍÍå ÇáÃáÈÇäí Ýí ÇáÅÑæÇÁ 435) ¡ æÅä ÎíÑ ÇáåÏí åÏí ãÍãÏ Õáì Çááå Úáíå æÓáã .
æÈÇááå ÇáÊæÝíÞ æÕáì Çááå Úáì äÈíäÇ ãÍãÏ æÂáå æÕÍÈå æÓáã

"Tidak ada riwayat yang shahih menyatakan bahawa Nabi saw mengkhususkan Solat Subuh bagi melakukan Do'a Qunut, atau beliau sentiasa membaca semasa Solat Subuh. Apa yang nyata ialah Nabi saw berkata bahawa Do'a Qunut dimana bala bencana dengan perkataan-perkataan yang sesuai dengan situasi tersebut. Beliau menyebut Do'a Qunut didalam Solat Subuh dan Solat-Solat lain, berdo'a menentang Ra'l, Dhakaan dan Usayyah kerana membunuh beberapa pembaca Al-Quran yang dihantar oleh Nabi saw bagi tujuan mengajar agama mereka.

Telah Thabit (terbukti) bahawa beliau berdo'a semasa Solat Subuh dan solat-solat lain bagi golonagn musthad'afin dan orang Islam yang tertekan, gara Allah swt menyelamatkan mereka dari musuh-musuh mereka. Akan tetapi beliau tidak melakukannya setiap masa. Khalifah yang Mursyid selepas beliau mengikuti perbuatan beliau. Adalah lebih baik Imam menghadkan Qunut hanya bagi masa-masa bencana, mengikuti (berittiba') dengan contoh Rasulullah saw sebagai kata Abu Maalik al-Asyaari :'Aku berkata kepada bapaku, Wahai Ayah, kamu telah bersolat dibelakang Rasulullah saw dan dibelakang Abu Bakar r.a. , Umar r.a., Uthman r.a. dan Ali r.a. Adakah merekam membaca Do'a Qunut didalam Solat Subuh?'.Jawab beliau 'Wahai anakku, ini merupakan perkara baru'. - (Riwayat oleh kelima-lima mereka, melainkan Abu Daud, dikelaskan oleh Al-Albani sebagai Sahih didalam Al-Irwa',435 ). Sesungguhnya petunjuk yang terbaik, adalah petunjuk dari Nabi saw. (al-Lajnah al-Daa’imah , 7/47)" [2]
----------------------

Kaedah membaca Do'a Qunut

Qunut Naazilah [="#0000ff" size="3"](äÇÒáÉ)

Sebagaimana yang dinyatakan diatas, Do'a Qunut yang biasa dibaca didalam Solat Subuh dan Solat-Solat fardu yang lain ialah Qunut Naazilah, yang dibaca ketika umat Islam ditimpa musibah. Tiada do'a-do'a yang khusus untuk dibaca bersamanya, kecuali menyesuaikan perkataan dengan situasi keadaan. Kalau semasa perang Afghan, umat Islam telah melaknati 'Amerika' dan memohon kemenangan terhadap mujahidin, begitulah seterusnya.

Berikut adalah kaedah Qunut Nazilah yang telah jelaskan oleh Sheikh Al-Hadith, Muhammad Nasyiruddin Al-Albani[3]:

-Baik untuknya membaca Qunut dan berdo'a kepada muslim apabila bencana menimpa mereka.
-Qunut harus dibaca setelah berdiri dari ruku' dan berkata "Rabbanaa wa laka’l-hamd (Tuhanku, pujian bagi engkau)."
-Tiada doa yang khusus, dan bilamana berdo'a keatas mereka hendaklah sesuai dengan bencana yang khusus.-
-Harus mengangkat tangan apabila membaca do'a
-Harus membaca kuat jika ia menjadi Imam
-Mereka yang bersolat dibelakangnya membacakan Amin
-Apabila selesai, bertakbir dan ruku'.

Qunut Al-Witr [="#0000ff" size="3"](ÞäæÊ ÇáæÊÑ )

Sheikh Al-Albani menjelaskan bahawa Qunut yang biasa kita baca ("Allaahumma ihdini feeman hadayta....") didalam Solat Subuh adalah merupakan Do'a Qunut yang dibaca didalam Solat Witir. Kaedah membacanya ialah sebelum melakukan ruku'. Berikut adalah penjelasan beliau:

- Ia harus dibaca sebelum ruku', berlainan dengan Qunut dimasa bencana.
- Ia harus membaca seperti berikut :

[="#800000" size="3"]Çááåã ÇåÏäí Ýíãä åÏíÊ¡ æÚÇÝäí Ýíãä ÚÇÝíÊ¡ æÊæáäí Ýíãä ÊæáíÊ¡ æÈÇÑß áí ÝíãÇ ÃÚØíÊ¡ æÞäí ÔÑ ãÇ ÞÖíÊ¡ ÝÅäß ÊÞÖí æáÇ íÞÖì Úáíß¡ æÅäå áÇ íÐá ãä æÇáíÊ¡ æáÇ íÚÒ ãä ÚÇÏíÊ¡ ÊÈÇÑßÊ ÑÈäÇ æÊÚÇáíÊ¡ æáÇ ãäÌÇ ãäß ÅáÇ Åáíß
"Allaahumma ihdini feeman hadayta.........(Ya Allah tunjukilah aku pada orang yang engkau tunjuki)"

-Do'a ini diajar oleh Rasulullah saw, dan tiada penambahan, melainkan selawat keatas Nabi saw dan dibenarkan kerana diriwayatkan dari para sahabat.
- Kemudian ia harus melakukan ruku' dan 2 sujud sepertimana sebelum ini.
-----------------

Sebagai kesimpulan, jumhur ulama' menganggap bahawa Qunut yang terdapat didalam Solat Subuh merupakan Do'a Qunut Naazilah, yang dibaca hanya apabila umat Islam ditimpa bala bencana. Nabi Muhammad saw tidaklah sentiasa membaca Qunut didalam Solat Subuh. Qunut yang biasa dibaca oleh masyarakat kita ialah Qunut yang dibaca pada Solat Witir, dimana kaedahnya ialah dibaca sebelum ruku'.

Maka jika anda ingin menqada' Solat Subuh disebabkan perkara yang disebut didalam bahagian pertama sebelum ini (Tidur, Lupa), tidaklah perlu membaca Do'a Qunut. Akan tetapi, jika musibah melanda umat Islam, adalah mustahab dibaca Qunut Naazilah dimasa solat tersebut.

-----------------
Rujukan :

1] Sheikh Muhammad Nasyiruddin al-Albaani. Talkhees Sifat Salaat al-Nabi saw. cetakan ke 2 (cetakan baru). Riyad : Maktabah Al-Ma'arif, 1996.

2] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - Volume 7. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.

3] Sheikh Muhammad Nasyiruddin al-Albaani. Talkhees Sifat Salaat al-Nabi saw min al-Takbeer ila al-Tasleem ka annaka taraahaa . url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

خيرالأمين