SJ - 2806: Cerai Taklil

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2806: Cerai Taklil

Assalamualaikum :

Soalan :
Apakah cerai taklik boleh ditarik balik oleh si suami sebelum berlakunya perkara yang ditaklikkan itu. Contoh si suami berkata, "kalau sayang bercakap dengan mana-mana lelaki dalam telefon ketika abang pergi kerja, jatuh talak satu". Jika cerai taklik tak boleh ditarik balik akan menjadi satu permasalahan yang akan membelenggu kedua mempelai seumur hidup atau adakah di sana jalan keluar-maksud cerai taklik boleh di tarik balik.

Kalau si suami kata, "kalau kamu solat juga petang ni jatuh talak tiga". apakah tindakan sewajarnya yang patut diambil oleh si isteri antara tuntutan agama dan ikatan perkahwinan?!!

Minta penjelasan ....
:D

Re: SJ - 2806: Cerai Taklil

:wassalam
Jawab:

1. Pengertian cerai ta’liq ialah 'tergantung' atau 'tersangkut'. Dalam pengertian fiqh: “talaq yg dikaitkan dgn sesuatu syarat yg ditetapkan" (Syaikh Syaltoot, Muqaranat alMadzaahib/103
2. Fuqaha’ berselisih mengenai hukum talaq ta’aliq.
a. Jumhur fuqaha’ (Hanafi, Syafi’iy, Maliki dan Hanbali) berpendapat gugur talaq dgn lafaz ta’liq.
b. Minoriti fuqaha’ pula (Fatwa Ali bin Abi Talib ra, Ikrimah, Abu Thaur, Zahiri (Imam Daud dan Ibn Hazm), dan Salafiya (Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim) berpendapat talak jenis ini adalah sia-sia dan talak tidak gugur. (Syaykhul Islam IT, Fatawa alKubra: 3/ms 6; Syaykh Ali alKhafif, Furaq alZiwaj: 112) Dalil utama Jumhur ialah ayat alQur:an “ Wahai orang2 beriman, tunaikanlah perjanjian” (alMaidah: 1) dan dalil Minoriti juga ayat alQur:an, “ Hai Nabi, apabila kamu mentalaqkan isteri2 kamu, maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu iddah mereka, dan hitunglah waktu iddah itu..” (atTalaq: 1) .
c. Fatwa semasa: Lajnah Fatwa alAzhar (S.Syaltut, alFatawa: 229) dan Rumah Fatwa Mesir, Undang2 Keluarga Mesir, Fasal 25) cerai ta’liq tidak sah (Null & Void).
d. Rumah Fatwa Malaysia, antaranya : Wilayah Persekutuan (Undang2 Keluarga Islam: 1984: seksyen 25; Selangor (1952, seksyen 125)) menetapkan ta’liq adalah sah dan jatuh talak jika dilanggar.
Rumusan: Ta’aliq adalah masalah ijtihadi dan ta’aliq yg lumrah di Malaysia ialah lafaz ta’aliq disyaratkan pada setiap akad perkahwinan di Malaysia khasnya lafaz ta’aliq bila suami menghilangkan diri tanpa khabar berita dan sebarang nafkah zahir dan batin (utk satu jangka masa tertentu), maka proses ta’aliq akan berlaku.
3.a. Menjawab soalan anda: lafaz-lafaz ta’aliq spt yg disebutkan,” jika sayang bercakap dgn mana-mana lelaki dalam telefon semasa abang pergi kerja, jatuh talaq satu”. Talaq ini sah menurut jumhur. Ia boleh ditarik balik oleh suami dan oleh kerana ia bukanlah sumpah, maka tidak dikenakan kifarat. Ini kerana ia berlaku pada suami yg muda dan menggunakan ugutan ta’aliq itu utk menakutkan isterinya tapi bukanlah bertujuan menceraikan isterinya. (Fatwa Syria, no 25, Fatwa Mesir, perkara 90). Lafaz taklik spt ini tidak sah menurut Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim, dan dikenakan kiffarat menurut Ibn Taymiyah, tidak dikenakan kifarat sumpah menurut Ibn Qayyim.
b. Lafaz “jika kamu solat juga petang ini, jatuh talaq tiga.” Ini lafaz yg batil kerana solat tidak dapat dihalang kerana ia suatu kewajipan atas mukallaf, ia gugur dgn sendiri (null and void). WA