SJ - 2827: Penggunaan IUD/IUCD

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2827: Penggunaan IUD/IUCD

Apakah hukum menggunakan IUCD/IUD? Dan bagaimanakah hendak mengetahui bilakah masanya saya mengalami haid sedangkan sejak saya menggunakan IUCD sebulan yang lalu darah saya berhenti cuma kekadang berselang 12 jam sehari. Sekarang saya mengira masa haid dan masa mandi hadas mengikut masa haid saya bulan lepas. Untuk pengetahuan, [="green"] [/] haid saya tidak pernah tentu

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Penggunaan IUD/IUCD

Salam,

Hukum penggunaan IUD, menurut muktamar fiqh Islam sedunia di Qahiran, penggunaan sebarang alat untuk mencegah kehamilan/merancang keluarga hanya dibenarkan kepada perkara dharurah sahaja, keperluan perubatan ataupun perkara yang dibenarkan oleh syar'ie selagimana ia tidak memudaratkan si pemakai.

Yusuf Al-Qardhawi mengharuskan penggunaan IUD kecuali apabila alasannya adalah takut anak-anak kekurangan rezeki dan tidak adanya izin suami.

Haid tidak menentu adalah subjective. Haid individu tidak sama kepada individu yang lain. Kalau seseorang kebiasaan mendapat haid selama 5-7 hari dalam sebulan, maka itulah kebiasaan orang itu. Kalau kebiasaan mendapat haid 3 bulan sekali, maka itulah kebiasaannya. Kalau sekiranya tiba2 berlaku di luar kebiasaan, bulan2 lepas 5-7 hari; tiba2 bulan ni dapat 2 minggu. Maka ini barulah dikatakan tidak menentu. Mungkin disebabkan darah penyakit (istihadah).

Penggunaan IUD menyebabkan terganggunya process period, bleeding and period jadi tak menentu. So dlm hal ini, ikut perkiraan biasa yang dialami oleh pihak puan.

"Apabila darah itu darah haid, maka warnanya kehitaman seperti yang sudah dikenal. Jika demikian, maka tinggalkanlah solat. Akan tetapi jika warnanya lain, maka berwudhulah dan solatlah" (Hadith riwayat Abu Daud dan An-nasa'ie)

Ada hadis (Dari Hamnah binti Jahsyin yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmidzi) yang menyuruh menetapkan haid enam atau tujuh hari (kerana ketidaktentuan period).

Wallahua'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2827: Penggunaan IUD/IUCD

JKK kpd yg bertanya dan yg menjawab (sdr zayed)
LULUS utk paparan di Ahkam