SJ - 2836: Church bertukar menjadi Masjid?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2836: Church bertukar menjadi Masjid?

Saya telah diberitahu bahawa pernah terjadi di mana church boleh ditukarkan kepada masjid sewaktu solat Jumaat. Maklumat ini diterima dari seorang rakan di US. Bolehkah perkara ini dilakukan sedemikian?

reen

Re: Church bertukar menjadi Masjid?

Sabda Rasulullah S.A.W: “Aku akan berikan 5 perkara yg aku tidak pernah berikan kepada sesiapa.” Lalu baginda pun menyebutkan salah satu 5 perkara tersebut, “Aku jadikan tanah ini sebagai masjid dan tempat yang bersih, sesiapa yg ingin bersembahyang di atasnya, maka sembahyanglah.” (Muttafaq alaih)

Oleh itu seluruh muka bumi adalah masjid utk orang islam dan tempat utk sujud dan bersembahyang. Maksudnya harus seseorang itu menunaikan solat di atas tanah. Lebih awla bagi seseorang itu utk mengelakkan tempat2 yg dikhuatiri syubhat. Namun demikian, dlm keadaan yg dharurat tidak ada tempat kecuali gereja, tidak mengapa kerana bumi ini milik Allah dan boleh menjadi masjid atau tempat sujud bagi setiap org Islam.

Umar Al-Khattab R.A hampir2 bersembahyang di sebuah gereja apabila disuruh berbuat demikia tetapi beliau berkata, “Tidak akan aku sembahyang di sini, nanti orang lain akan berkata, Umar telah mengerjakan sembahyang di sini, lalu mereka menganggapnya sbg tempat sembahyang bagi org Islam.”

Tegahan ni hanyalah kerana kekhuatiran dan bukan kerana sebab gereja.

Dlm riwayat yg lain pula, dari Abdurrazaq dari Aslam (bekas hamba umar) berkata, “Tatkala Umar Al-Khattab sampai ke negeri syam, seorang nasrani telah menghidangkan makanan kepadanya. Org yg menghidangkan makan itu termasuk pembesar mereka. Orang nasrani itu berkata: “Saya ingin supaya engkau dimuliakan.” Umar menjawab, “Kami tidak mahu masuk ke gereja kamu kerana banyak gambar di dlmnya.”

Saidina ‘Umar al-Khattab al-Faruq r.a pernah berkata : “ Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam gereja-gereja kamu wahai orang-orang Kristian disebabkan di dalamnya ada patung-patung yang bergambar “ (Riwayat Bukhari di dalam Kitab as-Solah)

Mengikut qaul fuqaha hanbali makruh mengerjakan solat di gereja apabila di dlmnya banyak gambar. Sedangkan dlm gereja yg tidak ada gambar dibolehkan.

Manakala fuqaha hanafi dan syafie makruh secara mutlak samada terdapat gambar ataupun tidak. Fuqaha maliki pula makruh berbuat demikian sekiranya melakukan demikian kerana sukarela dan bukan kerana keterpaksaan.

Kesimpulan, perkara sedemikian diharuskan sekiranya berlaku keadaan darurat.

Wallahua'lam

Boleh juga rujuk archive:
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=13230&Forum=UBB8&Words=gereja&Match=Or&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=13219&Search=true#Post13230

rujukan:
Fiqh Islami, wahbah zuhaili
Fatwa muasirah, al-qardhawi
Fatwa umar, al-hallawi

Re: SJ - 2836: Church bertukar menjadi Masjid?

Pengesahan:
Lulus utk siaran. JKK