SJ - 2877 : Rahmat dan kasih sayang tuhan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2877 : Rahmat dan kasih sayang tuhan

:salam
Apakah perbezaan antara keduanya?
Apakah yang dapat di simpulkan dari tafsiran bismillah itu sendiri? :bouncy

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2877 : Rahmat dan kasih sayang tuhan

Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjelaskan perbezaan diatas dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Bagi menjelaskan kedua-dua istilah Rahmat dan kasih sayang Allah, bolehlah kita merujuk kepada dua Asma' Al-Husna bagi Allah iaitu al-Rahman(Pemurah) dan al-Rahim(Penyayang) yang terdapat didalam ayat basamalah. Menurut Ibnu Jarir, kedua-dua berasal dari nama Al-Rahmah (Mercy), akan tetapi Rahman mempunyai makna yang lebih dari Al-Rahim jika dirujuk kepada maksud Rahmat.

Menurut Al-Qurthubi, Abu Ali Al-Farisi pernah berkata bahawa Al-Rahman merupakan hak mutlaq bagi Allah, dimana namanya merangkumi kesemua Rahmat yang Allah miliki. Al-Rahim pula mempunyai kesan keatas mereka yang beriman, sebagai firman Allah swt :

[="#ff00000" size="3"]æóßóÇäó ÈöÇáúãõÄúãöäöíäó ÑóÍöíãÇð
"Dia lebih penyayang kepada orang Mukmin" (Al-Ahzab 33:45).

Ada juga ulama' yang mengatakan bahawa Dia ialah Al-Rahman kepada semua ciptaannya dan Al-Rahim kepada hambanya yang Mukim. Ini dapat dilhat dari segi penggunaan Al-Rahman di Al-Quran, yang menunjukkan Allah swt beristiwa' keatas Arsy dengan nama Al-Rahman.

[="#ff00000" size="3"]Ëõãøó ÇÓúÊóæóì Úóáóì ÇáúÚóÑúÔö ÇáÑøóÍúãóÜäõ
"Kemudian dia beristiwa'diatas Arsy, Arl-Rahman" - (Al-Furqan 25:59)
[="#ff00000" size="3"]ÇáÑøóÍúãóÜäõ Úóáóì ÇáúÚóÑúÔö ÇÓúÊóæóì
"Al-Rahman (Tuhan yg Maha Pemurah), yang beristiwa' diatas Arsy" - (Thaahaa 20:5)

Ia menunjukkan bahawa Rahmat Allah meliputi keatas semua kejadiannya.

Al-Rahim ialah salah dari nama-nama Allah, dan ia menunjukkan nama yang menyebabkan Rahmat Allah sampai kepada sesiapa yang dia inginkan dikalangan Hambanya.

Menurut Ibnu Al-Qayyim : "Al-Rahman merujuk kepada sifat yang menghubungkan Allah dan sebahagian kemuliaannya, dan Al-Rahim merujuk kepada siapa yang rahmatnya ditunjukkan."

Kesimpulannya (didalam Basamalah), Allah memulakan nama dengan menggunakan Al-Rahman (Pemurah) iaitu yang lebih lembut dan umum dari Al-Rahim. Disini ia menunjukkan nama yang sangat mulia disebut dahulu sebagaimana yang ditunjukkan didalam ayat basamalah.

Dengan kata lain Al-Rahman merujuk kepada semua ciptaannya, dan Al-Rahim merujuk kepada hamba Allah yang mukmin; Allah maha pemurah kepada makhluknya dan maha penyayang kepada hamba-hambanya yang beriman. Wallahu'alam.

-wassalam-

Rujukan :

1. Tafsir Ibn Kathir. Perisian Al-Harf.

خيرالأمين